Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389964
Title: Pentahkikan bab nikah - nusyuz Mir'at al-tullab, karya Shaykh Abdul Rauf Ali Al-Fansuri Al-Singkili
Authors: Alyasak Berhan
Supervisor: Mohd Syukri Yeoh Abdullah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Tahkik
Nikah
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Feb-2022
Abstract: Kajian ini memperlihatkan Bab Nikah-Nusyuz dalam manuskrip Mir’at al-Ṭullāb fī Tashīl Mac rifat Aḥkām al-Syarc iyyah li al-Malik al-Wahhāb, karya Shaykh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri al-Singkili, Shaykh al-Islam (Mufti) abad ke-17 Masihi. Namun, manuskrip ini termasuk dalam kategori karya klasik yang mempunyai perbezaan naskhah, tidak disusun dengan baik, mengandungi istilah-istilah klasik yang tidak diguna pakai dalam konteks semasa dan sukar difahami. Manuskrip ini juga mengandungi petikan ayat al-Quran, hadis dan sumber rujukan yang tidak dinyatakan sumber ambilannya secara lengkap. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti tajuk hukum, menjelaskan dan mengkaji sumber serta sandaran hukum yang dirujuk dalam Bab Nikah-Nusyuz, Mir’at al-Ṭullāb. Kajian ini keseluruhannya menggunakan metode kajian kualitatif yang melibatkan kajian lapangan, iaitu perlacakan manuskrip di lapangan dan kajian perpustakaan, iaitu proses pemilihan naskhah, perumian teks dan pentahkikan. Justeru, kajian ini menggunakan pendekatan tahkik (mengesahkan), iaitu mentahkik riwayat hidup pengarang, naskhah karya pengarang dan kandungan teks karya tersebut. Sebanyak tiga daripada 47 naskhah manuskrip Mir’at al-Ṭullāb yang diketemukan di lapangan telah dipilih berdasarkan tarikh yang paling hampir dengan zaman Shaykh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri alSingkili, tulisan yang jelas dan naskhah yang paling lengkap. Hasil daripada kajian ini menemukan bahawa terdapat tujuh tajuk hukum dalam Bab Nikah-Nusyuz yang mesti diketahui oleh seorang Qāḍi. Bab ini juga dirujuk kepada ayat al-Quran, hadis, ijmak, kias dan pelbagai kitab muktabar ulama Mazhab Syafii secara dominan. Penulisan naskhah ini dipengaruhi Bahasa Arab, Bahasa Sanskrit, Bahasa Parsi, bahasa arkaik (kuno), Bahasa Indonesia, pengaruh dialek Aceh, Minangkabau dan Batak. Gaya penulisan Shaykh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri al-Singkili ini menggunakan gaya tersendiri, iaitu diungkap mengikut mafhum daripada Kitab Fatḥ al-Wahhāb bi Syarḥ Manhaj al-Ṭullāb, karya Shaykh al-Islām Zakaria al-Anṣāri. Pada keseluruhan kajian ini menemukan manuskrip Mir’at al-Ṭullāb adalah karya fiqah Bab Nikah-Nusyuz berbahasa Melayu (Jawi) mengikut acuan Alam Melayu. Usaha mentahkik manuskrip sangat diperlukan dalam memperkemaskan kembali dan mengesahkan kandungan dan intipati karya Mir’at al-Ṭullāb. Dengan demikian, naskhah yang ditahkik ini adalah naskhah yang asli.
Pages: 364
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ATMA P92871 ALYASAK BIN BERHAN (2).pdf
  Restricted Access
210.41 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.