Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389963
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nor Zalina Harun, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Ani Syahirah Zainal Abidin | - |
dc.date.accessioned | 2023-03-01T22:13:56Z | - |
dc.date.available | 2023-03-01T22:13:56Z | - |
dc.date.issued | 2022-08-26 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389963 | - |
dc.description.abstract | Bangunan bersejarah mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari sudut pandangan sejarah, seni mahupun sains dan teknologi. Bagi memastikan kewujudannya dan kelestariannya di masa hadapan, pelbagai langkah pemeliharaan telah dijalankan ke atas bangunan bersejarah termasuklah pemindahan bangunan bersejarah seperti yang berlaku di Institut Pengajian Tinggi Awam, Malaysia. Namun, strategi pemeliharaan bangunan bersejarah terutamanya bangunan kayu yang melibatkan perubahan fungsi bangunan masih kurang diterokai. Bagi mengisi kelompongan yang dibincangkan, tiga objektif telah diformulasi iaitu i) mengenal pasti matlamat dan latar belakang projek pemindahan bangunan bersejarah di Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia, ii) mengkaji masalah dan cabaran yang wujud terhadap pemeliharaan bangunan bersejarah selepas melalui proses pemindahan dan iii) mencadangkan penambahbaikan terhadap kaedah pemeliharaan dan fungsi bangunan bersejarah di Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Dalam kajian ini, tujuh buah bangunan bersejarah di empat buah IPTA telah dipilih sebagai objek kajian. Pengumpulan data kajian kualitatif dibuat secara kajian lapangan dan sesi temu bual terhadap 8 orang informan terpilih yang terdiri daripada kumpulan professional dan pengurusan yang terlibat sewaktu dan selepas pemindahan bangunan. Data yang dikumpul telah dianalisa menggun akan perisian Nvivo. Analisa data mendapati terdapat tiga matlamat utama pemindahan dan pemeliharaan yang dilaksanakan di kesemua IPTA. Tiga matlamat tersebut ialah bangunan digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran, memulihara dan memelihara bangunan dan sebagai muzium dan galeri. Manakala tiga cabaran utama yang dikenal pasti ialah cabaran dalam pengurusan organisasi, teknikal dan penyelenggaraan serta kewangan. Mengambil kira tiga cabaran utama ini, satu pelan strategik suai guna semula bangunan bersejarah yang terletak di IPTA telah dirangka sebagai cadangan penambahbaikan terhadap penggunaannya. Kajian akhirnya menyimpulkan bahawa selain daripada aspek pendidikan dan pameran, pemeliharaan dan suai guna semula bangunan bersejarah di IPTA perlu menitikberatkan tiga aspek utama yang dapat mendukung kelestarian bangunan iaitu ekonomi (penjanaan ekonomi), fizikal (teknikal dan penyelenggaraan) dan sosial (penglibatan pelaku dan pihak berkepentingan). | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM.Bangi | en_US |
dc.relation | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) | en_US |
dc.subject | Bangunan bersejarah | en_US |
dc.subject | Strategi Pemeliharaan Bangunan Bersejarah | en_US |
dc.title | Pemeliharaan bangunan bersejarah di Institut Pengajian Tinggi Awam, Malaysia : matlamat dan cabaran | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 175 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Persuratan | en_US |
Appears in Collections: | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ATMA P102727 ANI SYAHIRAH ZAINAL ABIDIN.pdf Restricted Access | 5.07 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.