Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389927
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHalim Ismail, Dr.-
dc.contributor.advisorHanizah Mohd Yusoff, Dr.-
dc.contributor.authorMuhammad Na'im Mat Salleh-
dc.date.accessioned2023-02-27T05:20:47Z-
dc.date.available2023-02-27T05:20:47Z-
dc.date.issued2020-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389927-
dc.description.abstractDi kalangan anggota kecemasan, pegawai bomba dan penyelamat dianggap lebih berisiko untuk mendapat gangguan stres pasca trauma atau Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) kerana mereka terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kejadian-kejadian kritikal dan peristiwa- peristiwa trauma sebagai sebahagian daripada tugas rutin mereka. PTSD adalah gangguan psikologi yang perlu dikenal pasti dan dirawat. Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan senarai semak peristiwa trauma bagi pegawai bomba dan penyelamat, menentukan prevalens PTSD, mengenal pasti faktor-faktor yang dikaitkan kepada PTSD dan menentukan kaedah daya tindak di kalangan pegawai bomba dan penyelamat di negeri Selangor, Malaysia. Kajian ini dibahagikan kepada dua fasa di mana fasa pertama adalah pembangunan senarai semak kejadian trauma untuk anggota bomba dan penyelamat yang mana telah diuji untuk kebolehpercayaan dan kesahannya. Fasa kedua pula melibatkan kajian yang lebih komprehensif untuk menentukan prevalens PTSD, faktor-faktor yang berhubung kait dan kaedah daya tindak di kalangan anggota bomba dan penyelamat di negeri Selangor. Kajian fasa pertama meenggunakan pendekatan kualitatif untuk mengenal pasti kemungkinan kejadian-kejadian trauma bagi anggota bomba dan penyelamat. Pengesahan senarai semak ini telah dijalankan oleh 30 responden untuk menguji kebolehpercayaan melalui kaedah ujian dan ujian semula. Pada fasa kedua, seramai 301 orang responden terlibat dalam kajian rentas dan dijalankan di kalangan pegawai bomba dan penyelamat di negeri Selangor. Pensampelan rawak berstrata secara berkadar digunakan untuk memilih bilangan responden yang diperlukan dari semua balai bomba dan penyelamat di negeri Selangor. Para responden dikehendaki mengisi borang soal selidik iaitu Senarai Semak Kejadian Trauma Anggota Bomba dan Penyelamat dan Malay Post-Traumatic Disorder Checklist-5 (MPCL-5) untuk mengukur prevalens PTSD dan mengenal pasti kejadian trauma, Depression Anxiety Stress Scales 21-items (DASS-21) versi bahasa Melayu, Job Satisfaction Survey (JSS) versi bahasa Melayu, Multidimensional Scale of Perceived Social Support Scale (MSPSS) versi bahasa Melayu manakala Brief COPE versi bahasa Melayu adalah untuk mengukur faktor faktor yang berhubung kait dan kaedah daya tindak. Senarai Semak Kejadian Trauma untuk Anggota Bomba dan Penyelamat telah disahkan oleh seorang pakar psikiatri, seorang pakar psikologi, seorang pakar kesihatan awam (kesihatan pekerjaan) dan tiga orang pegawai kanan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Ia menunjukkan keputusan yang baik dari segi kebolehpercayaan di mana setiap item mempunyai koefisien Kappa yang baik (0.4-0.8) dan korelasi intrakelas (ICC) untuk jumlah bilangan peristiwa trauma juga adalah baik (0.829). Prevalens PTSD di kalangan anggota bomba dan penyelamat di negeri Selangor adalah 11%. Analisa regresi logistik berganda menunjukkan bilangan kejadian trauma ≥21 nisbah odd terlaras (N.O.T.) = 2.36, 95% Selang Keyakinan (S.K.)=0.15-5.97), mempunyai gejala keresahan (N.O.T.= 4.39, 95% S.K.=1.81-10.62) (N.O.T.=0.87, 95% S.K.=0.81-0.94) tempoh perkhidmatan ≤15 tahun (N.O.T.=2.65, 95% S.K.=0.98-7.09) dan kaedah daya tindak salah fungsi (N.O.T.= 1.13, 95% S.K.=1.06-1.21) dikaitkan dengan gangguan stres pasca trauma (PTSD) di kalangan anggota bomba dan penyelamat di negeri Selangor. Kesimpulannya, program intervensi yang dirancang pada masa hadapan perlu bermula dengan pemeriksaan rutin bagi setiap pegawai bomba dan penyelamat dan mengadakan program intervensi awal dengan memberi tumpuan kepada pegawai-pegawai yang mempunyai risiko tinggi untuk mengalami PTSD. Faktor-faktor yang menyumbang kepada PTSD perlu ditangani dengan baik dan seterusnya suatu strategi yang mapan dapat diperkenalkan untuk membantu menguruskan mereka dengan tepat.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherFakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectStress Disorders, Post-Traumaticen_US
dc.subjectAcademic Dissertations as Topicen_US
dc.titleGangguan Stres Pasca Trauma, Faktor-Faktor Yang Berhubung Kait Dengannya dan Kaedah Daya Tindak di Kalangan Anggota Bomba dan Penyelamat di Negeri Selangoren_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages241en_US
dc.identifier.callnoWA20.5.M952g 2020 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002247011en_US
dc.format.degreeIjazah Doktor Kesihatan Masyarakaten_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Muhammad Naim Mat Salleh.pdf
  Restricted Access
3.55 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.