Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389858
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Isa Naina Mohamed, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Zafri Nasrullah Zulkifli | - |
dc.date.accessioned | 2023-02-21T04:46:43Z | - |
dc.date.available | 2023-02-21T04:46:43Z | - |
dc.date.issued | 2021 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389858 | - |
dc.description.abstract | Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia pumila (LP) adalah tergolong di dalam keluarga Myrsinaceae, dan terbahagi kepada 7 spesies, tetapi, hanya 3 spesies yang diguna secara meluas, iaitu, var. alata, var. pumila, dan var. lanceolata. Labisia pumila secara tradisinya diguna secara meluas untuk pelbagai manfaat kesihatan. Ia juga turut mengandungi pelbagai kandungan fitokimia seperti fenolik, flavanoid, karotenoid, asid askorbik, dan fitoestrogen. Timun laut Holothuria edulis (HE) biasanya hidup di lautan Indo-Pasifik, terutamanya di kawasan perairan cetek sekitar 5-20 meter, persekitaran berpasir, rumput laut dan terumbu karang. Selama berabad lamanya, timun laut dijadikan makanan dalam pelbagai masakan di Asia terutamanya di negara China dan Jepun, kerana ia mengandungi nutrient yang tinggi seperti Vitamin A, B1, B2, B3, kalsium, magnesium, zink dan komposisi kombinasi nutrient yang lain seperti asid amino, kolagen, asid lemak, fenolik dan flavanoid. Pelbagai nutrient dan fitokimia yang dimiliki oleh LP dan HE ini telah memberikan impak kepada pelbagai aplikasi farmakologi seperti antioksida, antimikrob dan antiinflamasi yang membantu di dalam proses penyembuhan luka. Dalam kajian ini, 8 kumpulan dengan dos yang terbaik telah ditentukan berdasarkan kajian awal dibentuk, iaitu, kumpulan normal, kawalan positif, kawalan negatif, 2.0% ekstrak larutan penimbal fosfat (PBS) Holothuria edulis, 2.0% ekstrak alkohol daun var. pumila , akar var. pumila, daun var. alata dan akar var. alata, di mana, setiap kumpulan mempunyai 9 ekor tikus jantan jenis Sprague-Dawley, 6 ekor tikus diguna untuk pengiraan pengucupan dan pengambilan foto luka pada hari ke 2, 4, 6, 8, 9, 10 dan 12, manakala, 3 ekor tikus lagi diguna untuk tujuan biopsi tisu kulit pada hari ke 3, 6, dan 10. Parameter yang digunakan di dalam kajian ini ialah pemerhatian makroskopik dan peratusan pengurangan luka, histomorfologi menggunakan pewarnaan hematoksilin dan eosin (H&E) dan kandungan kolagen menggunakan Masson-Goldner. Keputusan menunjukkan terdapat peningkatan pengurangan luka yang mendadak pada hari ke-6 (p<0.05) berbanding hari ke 2 dan 4 untuk semua kumpulan, manakala, keempat empat kumpulan kepekatan 2.0% ekstrak HE dan LP mempamerkan peningkatan pengurangan luka yang signifikan (p< 0.05) berbanding kumpulan Normal dan Positif pada hari ke 9, dan kumpulan kepekatan 2.0% ekstrak daun var. pumila (PL) dan kepekatan 2.0% ekstrak akar var.alata (AR) mencapai penyembuhan sepenuhnya dengan kadar peratusan pengurangan luka 100% berbanding kumpulan yang lain pada hari ke 9. Analisa histomorfologi pula menunjukkan hampir semua kumpulan mempamerkan epitelisasi-semula, jumlah sel fibroblas dan pembentukan salur darah baru pada kadar yang hampir sama, terutamanya pada hari ke 10, kecuali kumpulan negatif yang mempamerkan peningkatan epitelisasi pada hari ke 3, manakala, kumpulan ekstrak 2.0% HE dan PL mempamerkan kepadatan kolagen yang tinggi berbanding kumpulan yang lain, terutamanya pada hari ke 3. Kesimpulannya, LP dan HE berjaya mempercepatkan proses penyembuhan luka serta meningkatkan kandungan kolagen pada tisu luka. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur | en_US |
dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Wound Healing--physiology | en_US |
dc.subject | Wound Healing--therapy | en_US |
dc.subject | Academic Dissertations as Topic | en_US |
dc.title | Kesan Kacip Fatimah (Ekstrak Alkohol Labisia Pumila Var. Pumila Dan Var. Alata) dan Timun Laut (Holothuria Edulis) ke Atas Proses Pemulihan Luka Dalam Model Haiwan | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 165 | en_US |
dc.identifier.callno | QV20.5.Z11k 2021 9HUKMPRA tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 00002247057 | en_US |
dc.format.degree | Ijazah Sarjana Sains Perubatan (Farmakologi) | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ZAFRI NASRULLAH BIN ZULKIFLI.pdf Restricted Access | 2.04 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.