Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389842
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzizah Ugusman, Dr.-
dc.contributor.advisorAmilia Aminuddin, Dr.-
dc.contributor.authorMuhd Fakh Rur Razi Md Salleh-
dc.date.accessioned2023-02-19T09:00:18Z-
dc.date.available2023-02-19T09:00:18Z-
dc.date.issued2020-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389842-
dc.description.abstractMerokok merupakan salah satu faktor risiko penyakit kardiovaskular (CVD). Nikotin ialah sebatian di dalam asap rokok yang menyebabkan ketagihan dan stres oksidatif. Stres oksidatif menyebabkan berlakunya disfungsi saluran darah yang dicirikan oleh gangguan vasorelaksasi serta pengurangan aras antioksidan dan aras nitrik oksida (NO). Piper sarmentosum ialah sejenis herba tropika yang mempunyai aktiviti antioksidan, antiaterosklerosis dan antihipertensi. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai potensi ekstrak akueus daun P. sarmentosum (PS) dalam melindungi tikus yang diaruh dengan pemberian nikotin berpanjangan daripada mengalami disfungsi saluran darah. Tikus Sprague-Dawley jantan berusia enam minggu (n = 6 hingga 8 bagi setiap kumpulan) disuntik dengan 0.8 mg/kg nikotin secara intraperitoneum selama 21 hari untuk mengaruh disfungsi saluran darah. Tikus diberi PS (250 mg/kg) atau salina normal secara oral 30 minit sebelum suntikan nikotin setiap hari. Satu lagi kumpulan tikus bertindak sebagai kawalan yang diberi salina normal secara oral dan secara suntikan intraperitoneum. Pada hari ke 22, tikus dikorbankan dan aorta torasik dikeluarkan. Kemudian, aorta torasik dan dipasang pada miograf berwayar untuk mengukur vasorelaksasi sama ada dengan kehadiran atau tanpa endotelium. Gerak balas relaksasi aorta terhadap vasodilator yang bergantung kepada endotelium, asetilkolina (ACh) dan vasodilator yang tidak bergantung kepada endotelium, natrium nitroprusida (SNP) dinilai melalui miografi berwayar. Tisu aorta juga digunakan untuk mengukur aktiviti superoksida dismutase (SOD), aras glutation terturun (GSH) dan aktiviti katalase (CAT) menggunakan spektrofotometer. Aras NO dalam aorta diukur dengan teknik asai Griess manakala penilaian histomorfometri aorta dilakukan menerusi perwarnaan hematoksilin dan eosin. Hasil kajian menunjukkan bahawa pada tikus yang diaruh dengan nikotin, terdapat pengurangan relaksasi cecincin aorta dengan endotelium (P < 0.05) dan tanpa endotelium (P < 0.01) terhadap ACh berbanding tikus kawalan. Pemberian PS pada tikus aruhan nikotin telah meningkatkan vasorelaksasi cecincin aorta dengan endotelium (P < 0.05) dan tanpa endotelium (P < 0.001) terhadap ACh. Relaksasi maksimum terhadap ACh didapati lebih tinggi pada cecincin aorta dengan endotelium berbanding cecincin tanpa endotelium dalam kumpulan kawalan (P < 0.01), nikotin (P < 0.05) dan nikotin+PS (P < 0.01). Kedua-dua nikotin dan PS tidak menyebabkan perubahan pada gerak balas vasorelaksasi terhadap SNP. Aruhan nikotin menyebabkan pengurangan aktiviti SOD (P < 0.05) tetapi tiada perubahan berlaku pada aras GSH, CAT dan NO. Pemberian PS pada tikus aruhan nikotin berjaya meningkatkan aras SOD (P < 0.05), GSH (P < 0.01), CAT (P < 0.05) dan NO (P < 0.001). Penilaian histomorfometri pula menunjukkan nikotin dan PS tidak menyebabkan sebarang perubahan pada struktur aorta. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan PS mengurangkan disfungsi saluran darah pada tikus aruhan nikotin dengan memperbaiki vasorelaksasi serta meningkatkan aras antioksidan dan nitrik oksida.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherFakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectComplementary Therapiesen_US
dc.subjectPlants, Medicinalen_US
dc.subjectCigarette Smokingen_US
dc.subjectCardiovascular Diseases--therapyen_US
dc.subjectAcademic Dissertations as Topicen_US
dc.titlePenilaian Potensi Piper Sarmentosum Dalam Mengurangkan Disfungsi Saluran Darah Aruhan Nikotin Pada Tikusen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages122en_US
dc.identifier.callnoQT20.5.M952p 2020 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002247017en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatan (Fisiologi)en_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
MUHD FAKH RUR RAZI BIN HJ MD SALLEH.pdf
  Restricted Access
2.88 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.