Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389839
Title: | Kesan Madu Gelam (GH) Ke Atas Proliferasi Sel, Ekspresi Gen dan Protein Sitokeratin 3 (CK3) Pada Titisan Sel Epitelium Kornea Manusia (HTCEPI) |
Authors: | Nahdia Afiifah Abdul Jalil |
Supervisor: | Norzana Abd Ghafar, Prof Dr. Taty Anna Kamarudin, Dr. Ng Sook Luan, Dr. |
Keywords: | Honey Corneal Diseases Academic Dissertations as Topic |
Issue Date: | 2020 |
Abstract: | Proliferasi sel epitelium kornea merupakan satu elemen penting semasa proses penyembuhan akibat daripada kecederaan mekanikal atau patologi bagi mengekalkan integriti lapisan superfisial ini. Rawatan konvensional ubat titis mata yang mengandungi antibiotik dan bahan awet mempunyai kesan sampingan seperti rintangan terhadap mikroorganisma dan ketidakstabilan lapisan epitelium. Oleh yang demikian, kajian berasaskan bahan semulajadi sebagai rawatan alternatif menjadi fokus para pengkaji untuk mengatasi masalah ini. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan madu gelam (GH) ke atas proliferasi titisan sel kekal epitelium kornea manusia (hTCEpi) secara in vitro. Sel hTCEpi dikultur dalam medium kornea (MK) dan dikembang biak setiap 3-5 hari. GH diirradiasi pada sinaran gamma 25 kGray untuk pensterilan. Penentuan dos optimum GH ke atas kebolehidupan hTCEpi diukur secara asai MTT melalui pencairan bersiri faktor 4 dalam MK. Ketumpatan optik diukur pada jarak gelombang 570 nm. Sebanyak 7 x 103 sel/cm2 dikultur di dalam plat kultur 6 telaga di dalam 4 medium yang berbeza; medium basal (MB), MK dan penambahan dos optimum GH ke dalam kedua-dua medium. Kesan ke atas sel hTCEpi dianalisis secara morfologi menggunakan mikroskop songsang kontras fasa. Manakala, pengekspresan gen dan protein sitokeratin 3 (CK3) dianalisis secara qRT PCR dan pewarnaan immunositokimia masing-masing. Keputusan kajian mendapati bahawa GH berkepekatan 0.0061% merupakan dos optimum bagi proliferasi sel hTCEpi. Sel hTCEpi yang dikultur bersama GH (MB+0.0061%GH, MK+0.0061%GH) mempamerkan sel yang bersaiz kecil, padat dan berbentuk poligonal secara seragam. Pengekspresan gen dan protein CK3 adalah paling tinggi dalam MK+0.0061% GH berbanding dengan 3 medium yang lain. Kesimpulannya, GH berkepekatan 0.0061% berupaya meningkatkan proliferasi hTCEpi di samping mengekalkan fenotip yang normal. Penyelidikan susulan perlu dijalankan bagi membuktikan potensi GH sebagai agen rawatan alternatif dalam penyembuhan luka kornea. |
Pages: | 103 |
Call Number: | QS20.5.N153k 2020 9HUKMPRA tesis |
Publisher: | Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Nahdia Afifah Abdul Jalil.pdf Restricted Access | 2.26 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.