Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389835
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoor Hassim Ismail, Prof Dr.-
dc.contributor.authorNoor Azurah Wan Chik, Dr.-
dc.date.accessioned2023-02-19T07:21:51Z-
dc.date.available2023-02-19T07:21:51Z-
dc.date.issued2019-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389835-
dc.description.abstractKajian yang lepas menunjukkan pendedahan kepada pestisid boleh mengganggu tindak balas metabolisme glukosa di dalam hepar dan seterusnya menyebabkan paras glukosa menjadi abnormal. Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan paras glukosa yang abnormal dalam kalangan pekerja yang terdedah kepada aktiviti semburan pestisid berdasarkan ciri-ciri amalan pekerjaan iaitu jumlah tahun pendedahan, intensiti semburan, kumulatif pendedahan pestisid (kumulatif jumlah jam semburan), status pendedahan kali terakhir kepada pestisid serta amalan, sikap dan pengetahuan berkenaan penggunaan alat lindung diri. Hubungan ini cuba diteliti dengan mengawal faktor-faktor pembaur lain yang mungkin menyebabkan paras glukosa yang abnormal, seperti faktor umur, indeks jisim tubuh dan sejarah keluarga yang menghidap diabetes mellitus. Rekabentuk kajian adalah kajian keratan rentas. Sejumlah 9 buah pejabat kesihatan daerah dipilih secara rawak daripada 11 buah pejabat kesihatan daerah di Pahang. Kumpulan terdedah terdiri daripada 287 orangpekerja di pejabat kesihatan daerah yang pernah atau masih menjalankan kerja-kerja semburan pestisid sewaktu urusan kerja rasmi. Manakala kumpulan tidak terdedah pula terdiri daripada 248 orang pekerja yang tidak pernah menjalankan kerja-kerja semburan pestisid sewaktu urusan kerja rasmi. Hasil kajian mendapati 23.4% responden mempunyai paras glukosa yang abnormal, 73.6% responden mempunyai indeks jisim tubuh yang abnormal, 38.3% responden mempunyai sejarah keluarga menghidap diabetes mellitus, 29.2% responden berumur 20-29.9 tahun, 41.5% responden berumur 30-39.9 tahun, 22 % responden berumur 40-49.9 tahun dan 7.3% responden berumur 50-60 tahun. Ujian khi kuasa dua dan Mann-Whitney U mendapati tiada hubungan yang bererti antara paras glukosa yang abnormal dengan ciri-ciri amalan pekerjaan. Hasil analisis ujian regresi logistik mudah bagi faktor- faktor pembaur mendapati sejarah keluarga (nisbah ods 2.00, 95% selang keyakinan;1.33-3.00, p=0.001), indeks jisim tubuh (nisbah ods 2.99, 95% selang keyakinan 1.70- 5.26 p<0.001), dan umur yang lebih tinggi (nisbah ods 1.64, 95% selang keyakinan 1.31- 2.06, p<0.001) mempunyai hubungan yang bererti dengan paras glukosa yang abnormal. Walau bagaimanapun, hasil analisis ujian regresi logistik berganda pula mendapati jumlah tahun pendedahan, intensiti semburan, kumulatif pendedahan pestisid (kumulatif jumlah jam semburan), status pendedahan kali terakhir kepada pestisid serta amalan, sikap dan pengetahuan berkenaan penggunaan alat lindung diri tidak mempunyai hubungan yang bererti dengan paras glukosa yang abnormal dalam kalangan kumpulan pekerja yang terdedah kepada pestisid apabila faktor-faktor pembaur dikawal. Hasil kajian ini menunjukkan tiada hubungan keabnormalan paras glukosa dengan faktor pekerjaan dalam kalangan pekerja yang terdedah kepada pestisid. Maklumat yang lebih terperinci seperti jenis pestisid yang digunakan dan jangkamasa penggunaannya, alat lindung diri yang dibekalkan, bilangan kakitangan, bilangan kes denggi atau malaria pada tahun semasa perlu diambil kira secara teliti untuk kajian pada masa akan datang.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUniversiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPesticidesen_US
dc.subjectGlucoseen_US
dc.subjectDiabetes Mellitusen_US
dc.subjectDissertations, Academic as Topicen_US
dc.titlePestisid Dan Kesannya Terhadap Paras Glukosa Dalam Kalangan Kakitangan Di Pejabat Kesihatan Daerah Di Pahangen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages240en_US
dc.identifier.callnoWA20.5.N818p 2019 9HUKMPRA tesis en_US
dc.identifier.barcode00002246765en_US
dc.format.degreeIjazah Doktor Kesihatan Masyarakaten_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
DR. NOOR AZURAH WAN CHIK.pdf
  Restricted Access
2.79 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.