Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389834
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNur Azlina Mohd Fahami, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.advisorElvy Suhana Mohd Ramli, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorFazalda Annuar-
dc.date.accessioned2023-02-17T08:18:55Z-
dc.date.available2023-02-17T08:18:55Z-
dc.date.issued2021-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389834-
dc.description.abstractTujuan kajian ini adalah untuk menentukan Madu Tualang (TH) dan Madu Kelulut (KH) sebagai rawatan alternatif kepada penyakit ulser perut akibat daripada pengambilan ubat tahan sakit. Tikus Sprague-Dawley (n=45) jantan telah dibahagikan secara rawak kepada 5 kumpulan (n=9) setiap kumpulan iaitu (i) Kawalan normal, (ii) Kawalan negatif, (iii) Kawalan positif, (iv) Madu Tualang, dan (v) Madu Kelulut. Air suling diberikan secara gavaj oral kepada tikus di dalam kumpulan kawalan normal dan kawalan negatif, manakala tikus di dalam kumpulan kawalan positif menerima omeprazole (OME) (40mg/kg), dan mengikut kumpulan masing-masing, madu 2g/kg diberikan untuk kumpulan TH dan KH. Pra rawatan berlangsung selama 2 minggu dan setelah selesai pemberian dos terakhir, kesemua tikus kecuali tikus di dalam kumpulan kawalan normal telah diaruh dengan indomethacin (INDO) (2mg/kg) selama 4 jam sebelum dikorbankan. Hasilnya, inflamasi kesan daripada ulser gaster dapat diperhatikan pada permukaan gaster tikus yang diaruh INDO terutamanya pada kumpulan kawalan negatif. Sementara itu, indeks ulser dan jumlah keasidan tikus dalam kumpulan pra rawatan OME, TH dan KH diperhatikan dapat diturunkan secara signifikan berbanding kumpulan kawalan negatif. Dalam pada itu, tikus di dalam kumpulan OME, TH dan KH menunjukkan aras kandungan malondialdehid (MDA) dan nitrik oksida (NO) lebih rendah manakala aras kandungan prostaglandin E2 (PGE2) dilihat lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan kawalan negatif. Untuk aktiviti superoksida dismutase (SOD), katalase (CAT), dan glutation peroksida (GPX) di dalam kumpulan OME, TH dan KH didapati meningkat secara signifikan berbanding kumpulan kawalan negatif. Untuk hasil kajian interleukin pula, pra rawatan OME, TH dan KH didapati telah menurunkan aras kandungan interleukin-6 (IL-6), interleukin-1 beta (IL-1β) dan faktor nekrosis tumor-alpha (TNF-α) manakala aras kandungan interleukin-4 (IL-4), interleukin-10 (IL-10) dan faktor pertumbuhan endotelium vaskular (VEGF) didapati meningkat secara signifikan berbanding kumpulan kawalan negatif. Kesimpulannya, TH dan KH didapati mempunyai kesan perlindungan daripada ulser gaster akibat pengambilan ubat tahan sakit iaitu indomethacinen_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherFakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia,Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectHoneyen_US
dc.subjectApitherapyen_US
dc.subjectAcademic Dissertations as Topicen_US
dc.titleKesan Madu Tualang dan Madu Kelulut Terhadap Ulser Gaster Aruhan Indomethacin Pada Tikusen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages173en_US
dc.identifier.callnoQV20.5.F287k 2021 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002247058en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatan (Farmakologi)en_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Fazalda Annuar full.pdf
  Restricted Access
3.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.