Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389821
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSuhaili Alma’amun, Dr.-
dc.contributor.authorNur Adyani Sabarudin (P65769)-
dc.date.accessioned2023-02-17T00:55:01Z-
dc.date.available2023-02-17T00:55:01Z-
dc.date.issued2021-09-23-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389821-
dc.description.abstractPendanaan awam adalah satu cara untuk mendapatkan dana daripada orang ramai bagi membiayai aktiviti atau projek tertentu yang berasaskan budaya, sosial atau keuntungan. Pendanaan awam kini semakin dikenali dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sebagai alternatif bagi membiayai kos pendidikan seperti yuran pengajian, kos sara hidup dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengajian mereka. Seperti kempen-kempen pendanaan awam yang lain, terdapat kempen-kempen bagi tujuan pendidikan yang gagal mencapai sasaran dana yang ditetapkan. Kajian lepas mendapati wujud masalah maklumat tak simetri, di mana bakal penderma mempunyai maklumat yang terhad mengenai kempen yang dilancarkan berbanding maklumat yang dimiliki oleh pemilik kempen. Kajian lepas membuktikan salah satu cara penyelesaian kepada masalah ini adalah melalui penerapan modal sosial. Modal sosial adalah interaksi, hubungan dan persefahaman di antara individu yang dibina berasaskan nilai-nilai tertentu yang boleh meningkatkan kuantiti dan kualiti kerjasama dalam sesebuah organisasi bagi mencapai matlamat yang sama. Walau bagaimanapun, kajian-kajian lepas masih tidak mencukupi bagi menerangkan kesan modal sosial dalam kempen untuk tujuan pendidikan. Selain itu, persaingan yang berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar yang memohon dana melalui pendanaan awam berasaskan derma juga menimbulkan masalah maklumat tak simetri apabila bakal penderma mengalami kesukaran menentukan siapa dalam kalangan pelajar ini yang paling miskin dan apakah jenis kemiskinan yang dialami oleh mereka. Justeru, objektif pertama kajian ini adalah untuk menguji pengaruh modal sosial multidimensi yang terdiri dari dimensi struktur, hubungan dan kognitif terhadap prestasi pendanaan awam berasaskan derma dalam skop kempen bagi tujuan pendidikan. Objektif kedua adalah untuk mengenal pasti pengaruh kemiskinan multidimensi terhadap prestasi kempen. Objektif ketiga adalah menguji sama ada kemiskinan multidimensi berupaya menyederhanakan pengaruh modal sosial terhadap prestasi kempen. Kajian ini penting kerana pendanaan awam merupakan salah satu sumber dana yang membantu pelajar mendapatkan akses kepada pendidikan. Dengan memahami peranan modal sosial multidimensi dan kemiskinan multidimensi ke atas kejayaan kempen, maka kebarangkalian kempen untuk gagal mendapatkan dana boleh dikurangkan. Kajian ini adalah penyelidikan secara kuantitatif dan merupakan kajian keratan rentas. Melalui analisis regresi logit, kajian ini menganalisis data platform pendanaan awam Skolafund iaitu satu-satunya platform yang dikhususkan untuk kempen bagi membiayai pendidikan tinggi di Malaysia. Analisis kajian melibatkan data untuk tempoh 20 Januari 2015 hingga 26 Disember 2018. Hasil kajian ini mendapati bahawa kempen yang menggunakan lebih banyak interaksi melalui rangkaian sosial (dimensi struktur) dan kempen yang pemiliknya menyokong kempen lain dalam platform yang sama (dimensi hubungan) cenderung untuk lebih berjaya meraih dana berbanding dengan kempen yang tidak mempunyai rangkaian sosial yang meluas dan yang tidak menyokong kempen lain. Seterusnya, dapatan menunjukkan kempen yang pemiliknya mengalami kemiskinan ekonomi akan lebih cenderung untuk berjaya berbanding dengan pemilik kempen yang mengalami kemiskinan keupayaan dan sosial. Kajian ini mendapati bahawa kempen yang mana pemiliknya mengalami kemiskinan sosial berupaya menyederhanakan pengaruh modal sosial struktur terhadap prestasi kempen. Kesimpulannya, dapatan kajian ini membuktikan bahawa penerapan modal sosial multidimensi dan kemiskinan multidimensi merupakan antara faktor signifikan yang mempengaruhi prestasi kempen pendanaan awam. Kajian ini mencadangkan supaya pemilik kempen menambahkan lagi stok modal sosial mereka dan menerangkan dengan lengkap mengenai masalah kemiskinan yang dialami terutamanya dari sudut ekonomi yang menyebabkan pelajar memerlukan dana. Di pihak IPT pula, mereka perlu memperkukuhkan platform pendanaan awam IPT masing-masing dengan menerapkan modal sosial multidimensi dan kemiskinan dimensi dalam kempen para pelajar. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan rangkaian sosial alumni mereka untuk meningkatkan sumbangan dana. Penggunaan platform pihak ketiga seperti Skolafund juga harus digunakan secara cekap.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPendanaanen_US
dc.subjectPembiayaan pendidikanen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleModal sosial dan kemiskinan multidimensi sebagai penentu prestasi kempen pendanaan awam berasaskan derma untuk pembiayaan pendidikanen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages183en_US
dc.identifier.barcode006967en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Modal sosial dan kemiskinan multidimensi sebagai penentu prestasi kempen pendanaan awam berasaskan derma untuk pembiayaan pendidikan.pdf
  Restricted Access
Full-text109.83 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.