Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389820
Title: | Pengaruh budaya keselamatan ke atas prestasi keselamatan dalam industri kimia di Malaysia : peranan sikap keselamatan dan nilai kerja sebagai pengantara |
Authors: | Maran Kaliannan (P90274) |
Supervisor: | Zafir Khan Mohamed Makhbul, Prof. Dr. |
Keywords: | Keselamatan dan kesihatan pekerjaan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 12-Jul-2022 |
Abstract: | Prestasi keselamatan sering diperkatakan dalam kalangan penyelidik keselamatan dan kesihatan pekerjaan terutamanya di dalam sektor perkilangan. Apatah pula dalam era Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) yang telah mencetuskan perubahan besar kepada operasi sektor perkilangan ke arah teknologi pengkomputeran dan automasi. Perubahan ini turut membawa kepada pelbagai isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, terutamanya dalam industri kimia yang melibatkan banyak kecederaan, kematian, kerosakan harta benda dan kesan negatif terhadap alam sekitar. Kebanyakan organisasi dalam industri ini berusaha mengekalkan prestasi keselamatan di tempat kerja dengan menilai semula sistem pengurusan keselamatan yang terdiri daripada objektif, dasar, proses, amalan pengurusan keselamatan dan budaya keselamatan yang mempengaruhi sikap keselamatan dan nilai kerja seseorang pekerja. Sehubungan itu, kajian berkisar komponen tersebut perlu dijalankan dalam memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan mencapai matlamat yang ditetapkan. Kajian ini dijalankan berdasarkan tiga objektif iaitu untuk mengkaji hubungan antara budaya keselamatan dan pematuhan keselamatan dan penyertaan keselamatan, mengkaji sikap keselamatan sebagai faktor pengantara antara budaya keselamatan, pematuhan keselamatan dan penyertaan keselamatan dan mengkaji nilai kerja sebagai faktor pengantara antara budaya keselamatan dengan sikap keselamatan. Justeru, Teori Pertukaran Sosial dan Teori Efikasi Kendiri telah digunakan untuk menjelaskan pematuhan keselamatan dan penyertaan keselamatan pekerja dalam kajian ini. Bagi menguji hipotesis, teknik statistik Pendekatan Pemodelan Persamaan Berstruktur Kuasa Dua Terkecil Separa (PLS-SEM) digunakan untuk menganalisis data soal selidik yang dikumpulkan daripada 385 pekerja industri kimia di Selangor, Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa budaya keselamatan mempunyai hubungan positif dengan pematuhan keselamatan. Walau bagaimanapun, budaya keselamatan mempunyai hubungan negatif dengan penyertaan keselamatan. Seterusnya, hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan positif antara budaya keselamatan dan sikap keselamatan. Penemuan yang sama juga diperoleh dalam mengungkapkan hubungan antara sikap keselamatan terhadap pematuhan keselamatan dan penyertaan keselamatan. Hasil kajian turut mengesahkan sikap keselamatan sebagai pemboleh ubah pengantara antara budaya keselamatan dan prestasi keselamatan (pematuhan keselamatan dan penyertaan keselamatan). Walau bagaimanapun, nilai kerja tidak dapat dibuktikan mengantara budaya keselamatan dan sikap keselamatan. Secara teorinya, kajian ini menyumbang kepada bidang ilmu yang menunjukkan kepentingan sikap keselamatan sebagai pemboleh ubah yang menghubungkan budaya keselamatan dan prestasi keselamatan (pematuhan keselamatan dan penyertaan keselamatan). Secara praktikalnya, dapatan kajian mencadangkan pihak kerajaan sebagai penggubal dasar dan pihak pengurusan organisasi sebagai pelaksana untuk menambah baik budaya keselamatan pekerjaan, meningkatkan amalan pengurusan keselamatan di tempat kerja, meminimumkan kadar kemalangan dan meningkatkan prestasi keselamatan pekerja dalam organisasi. |
Pages: | 245 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pengaruh budaya keselamatan ke atas prestasi keselamatan dalam industri kimia di Malaysia : peranan sikap keselamatan dan nilai kerja sebagai pengantara.pdf Restricted Access | Full-text | 143.94 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.