Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389818
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Fathin Faizah Said, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Sharifah Nur Ainn Syed Roslan (P82403) | - |
dc.date.accessioned | 2023-02-17T00:50:28Z | - |
dc.date.available | 2023-02-17T00:50:28Z | - |
dc.date.issued | 2022-01-15 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389818 | - |
dc.description.abstract | Industri kelapa sawit telah berkembang pesat semenjak tahun 1960an membawa kepada kewujudan pelbagai perhubungan ekonomi antara negara. Di Malaysia, industri kelapa sawit merupakan penyumbang penting kepada keluaran dalam negara kasar bagi sektor pertanian. Selain itu, pada masa ini, ramuan berasaskan minyak sawit boleh ditemui di sekitar 50% produk yang berada di rak pasar raya, termasuk barangan makanan dan bukan makanan. Ini menggambarkan bahawa minyak sawit merupakan komoditi pertanian yang global. Dengan langkah sekatan yang bakal dilaksanakan oleh Kesatuan Eropah terhadap komoditi ini menjelang tahun 2021, ianya dilihat sebagai petanda awal kepada kemerosotan pertumbuhan perdagangan bagi sektor ini. Lebih penting lagi, hal ini mengundang ketidakstabilan politik perdagangan serta ekonomi antara pihak-pihak terlibat. Dengan begitu banyak perubahan yang berlaku dalam tingkah laku perdagangan minyak sawit, potensi perkembangan sektor ini bagi negara Malaysia dan Indonesia sebagai pengeksport terbesar minyak sawit dunia tidak mudah dijangkakan. Kesinanbungan dari hal ini, kajian ini memfokuskan untuk melihat landskap minyak sawit berdasarkan rangkaian perdagangan global dan rangkaian input-output Malaysia dan seterusnya melihat jangkaan kesan sekatan import menggunakan kaedah rangkaian. Untuk mencapai matlamat ini tiga objektif utama digariskan iaitu pertama, menganalisis evolusi kesalinghubungan perdagangan minyak sawit dunia, kedua mensimulasi kesan larangan import (kouta & embargo) oleh Kesatuan Eropah terhadap rangkaian perdagangan global minyak sawit dan ketiga, menganalisis kesan pengeluaran industri kelapa sawit pada rantaian sub-sektor ekonomi Malaysia. Berdasarkan dapatan, rangkaian perdagangan global minyak sawit semakin berintegrasi di antara satu sama lain dari tahun 1965 sehingga tahun 2015. Jumlah pautan dan nilai ketumpatan menunjukkan peningkatan ketara dari tahun 1965 sehingga tahun 2015. Selain dari Indonesia dan Malaysia yang berperanan sebagai pengeluar terbesar minyak sawit dan pengeksport utama, beberapa buah negara seperti Netherlands, Amerika Syarikat dan Singapura dilihat telah memposisikan kedudukan mereka sebagai negara bukan pengeluar tetapi menjadi pengeksport yang turut memainkan peranan penting di dalam rangkaian. Oleh itu, negara pengeluar perlu merangka strategi bagi menjalinkan hubungan terus kepada negara-negara lain tanpa memerlukan negara pengantara bagi mengurangkan risiko kejutan kelak. Selanjutnya, bagi kesan pengurangan import kuota oleh negara Kesatuan Eropah berdasarkan model “Penyebaran Kejutan Rangkaian Perdagangan” (TNSP), hasil simulasi mendapati sekatan import minyak sawit yang bakal dikenakan bagi sektor biodiesel oleh Kesatuan Eropah mampu mempengaruhi lebih daripada 50% negara yang terlibat dalam rangkaian perdagangan global minyak sawit pada 2015 dan secara puratanya memberi nisbah risiko keseluruhan hampir 50% berdasarkan perkadaran nisbah Avalanche. Oleh itu, adalah penting bagi negara pengeluar untuk meneliti tingkat risiko yang di bawa oleh setiap negara supaya strategi mitigasi dapat dirangka bagi mengurangkan implikasi sekatan Kesatuan Eropah. Manakala, bagi rantaian industri kelapa sawit di Malaysia, dapatan analisis menyenaraikan beberapa sub-sektor yang menjadi input penting kepada industri kelapa sawit di Malaysia yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan dalam merangka polisi akan datang. Kaedah pengganda nilai tambah telah digunakan dalam analisis ini untuk mengelakkan pengiraan berganda dari faktor domestik dan import. Secara keseluruhan, sebahagian besar sub-sektor adalah saling berkaitan dan berintegrasi kerana nisbah pengelompokan adalah tinggi yang menghampiri nilai 1 menyebabkan perubahan terhadap pengeluaran kelapa sawit secara langsung akan mempengaruhi nilai subsektor lain yang menggunakan input daripada industri ini. Oleh itu, pembuat dasar perlu lebih peka terhadap kesan perubahan rantaian khususnya bagi sektor pengeluaran kelapa sawit. Merangka strategi dalam melindungi sub-sektor penting dan merancang polisi yang mampu meningkatkan pertumbuhan sub-sektor utama merupakan langkah yang perlu di ambil. Bertitik tolak daripada hal ini, pengetahuan mengenai kedudukan negaranegara dan sub-sektor ekonomi di dalam landskap minyak sawit secara jelas adalah amat penting untuk diketahui kerana dengan mengenal pasti peranan berbeza yang dimainkan oleh sesuatu negara atau subsektor dalam sistem rangkaian kompleks, dasar yang bersasar dan berkesan dapat dilaksanakan. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Minyak sawit | en_US |
dc.subject | Perdagangan global | en_US |
dc.subject | Sektor ekonomi | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Landskap minyak sawit berdasarkan rangkaian perdagangan global dan rangkaian input-output Malaysia | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 363 | en_US |
dc.identifier.barcode | 006968 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Landskap minyak sawit berdasarkan rangkaian perdagangan global dan rangkaian input-output Malaysia.pdf Restricted Access | Full-text | 144.73 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.