Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389800
Title: Pemikiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam pentafsiran ayat-ayat al-Quran berkaitan wanita dan isu-isu wanita dalam Islam
Authors: Syamimi Amira Shamsul Baharin (P101638)
Supervisor: Najah Nadiah Amran, Dr.
Keywords: Women in the Qurʼan
Qurʼan -- Criticism, interpretation, etc.
Abdul Hadi Awang -- Dato' Seri Haji -- 1947-
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-Sep-2022
Abstract: Isu wanita tidak dapat dipisahkan dan sering dibahaskan dalam kalangan masyarakat khususnya golongan feminis. Kesetaraan gender dan hak asasi manusia adalah fokus utama mereka dalam membantah dan menggugat tafsiran al-Quran serta hukum Islam yang dianggap tiada keadilan untuk wanita. Segelintir golongan feminis mendakwa Islam mendiskriminasikan golongan wanita dan berlakunya bias gender dalam penafsiran al-Quran. Maka mereka menuntut pentafsiran semula berdasarkan sudut pandang wanita dan menolak pentafsiran yang ada. Antara isu berkenaan wanita yang sering dibangkitkan adalah poligami, perceraian, dan pewarisan harta pusaka kerana golongan feminis mendakwa pentafsiran pada isu tersebut menguntungkan lelaki dan merendahkan wanita. Bagi menjawab isu wanita yang sering dibahaskan itu, kajian ini memilih pentafsiran salah seorang pentafsir di nusantara iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Objektif kajian ini untuk mengenalpasti pendekatan Abdul Hadi menafsirkan ayat-ayat al-Quran berkaitan wanita, mengkaji tema-tema ayat dalam al-Quran berkaitan wanita dan menganalisis pemikiran beliau berkaitan isu-isu wanita dalam Islam. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Kaedah analisis dokumen dilakukan menggunakan Atlas.ti mengikut kaedah tematik dan secara manual pada maklumat berkenaan dengan tafsiran Abdul Hadi pada ayat al-Quran berkaitan wanita. Hasil kajian mendapati terdapat empat tema utama yang dibincangkan dalam tafsiran ini iaitu tema perkahwinan, perceraian, pewarisan harta pusaka dan kemuliaan wanita bergelar ibu. Metode pentafsiran Abdul Hadi dalam mentafsir ayat al-Quran berkaitan wanita pula melibatkan gabungan metode mawduci dan tahlīlī serta tafsiran secara bi ma’thur dan bi ra’yi. Kombinasi metode ini menjadikan pentafsiran beliau unik dan tersendiri. Abdul Hadi merumuskan bahawa wanita adalah golongan yang perlu dihormati, dilindungi dan dijaga dengan cermat serta diberikan hak mereka. Wanita mempunyai tanggungjawab dan peranan mereka yang tersendiri begitu juga dengan lelaki maka, tiada diskriminasi yang berlaku pada wanita sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah golongan. Kajian ini memberi nilai tambah dalam bidang penyelidikan khususnya bidang pentafsiran al-Quran dan pemikiran tokoh dari Nusantara memahami tafsiran al-Quran berkaitan wanita dan isu berkaitan. Kajian mencadangkan agar tafsiran Abdul Hadi dikaji dengan lebih luas dari pelbagai dimensi yang lain.
Pages: 211
Call Number: BP134.W6S544 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pemikiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam pentafsiran ayat-ayat al-Quran berkaitan wanita dan isu-isu wanita dalam Islam.pdf
  Restricted Access
Partial634.44 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.