Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389790
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShukor Md. Nor, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNabilah Zainol (P88866)-
dc.date.accessioned2023-02-16T07:04:04Z-
dc.date.available2023-02-16T07:04:04Z-
dc.date.issued2022-02-05-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389790-
dc.description.abstractPembangunan empangan memusnahkan habitat, memaksa mamalia keluar ke hutan berhampiran, mewujudkan halangan kepada pergerakan dan menyebabkan konflik dengan manusia. Kajian ini dijalankan untuk i) mengenal pasti spesies mamalia, faktor-faktor yang mempengaruhi kekerapan serta corak pergerakannya di pulau-pulau Tasik Puah selepas pembangunan Empangan Puah dan Empangan Tembat, ii) menilai penggunaan lintasan bawah dan jambatan oleh mamalia di Jalan Raya Aring-Kuala Berang selepas pembangunan Empangan Puah dan Empangan Tembat, iii) menentukan kawasan dan keluasan keliaran serta arah dan jarak pergerakan gajah yang keluar dari kawasan Empangan Puah dan Empangan Tembat semasa fasa operasi empangan dan membandingkannya dengan fasa pengempangan, dan iv) mengenal pasti kawasan keliaran, jarak pergerakan serta jenis habitat pilihan gajah yang kembali di sekitar kawasan empangan semasa fasa operasi empangan dan membandingkan kawasan keliaran tersebut dengan gajah-gajah yang keluar dari kawasan empangan. Sebanyak 61 perangkap kamera dipasang di pulau-pulau daratan dan di sepanjang Jalan Raya Aring-Kuala Berang untuk meninjau pergerakan mamalia semasa empangan beroperasi. Pergerakan empat ekor gajah dari kawasan Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu dipantau melalui kolar satelit. Kajian ini mendapati, sebanyak sebelas spesies mamalia dikenal pasti menginap di pulau-pulau daratan Tasik Puah. Keluasan pulau dan jarak antara pulau dengan daratan mempunyai hubungan yang bererti terhadap kekerapan spesies mamalia; [r(5)=0.977, p=0.000] dan (r(5)=0.917, p=0.004]. Persamaan kekerapan mamalia yang diramalkan adalah: kekerapan mamalia=-3.585-0.073[jarak dari daratan (m)]+4.556[keluasan pulau (ha)]. Terdapat tiga jenis kumpulan mamalia dikenal pasti teradaptasi berdasarkan jenis pergerakan di takungan: penghuni tetap, pelawat tetap dan pelawat rawak. Sebanyak sepuluh spesies mamalia direkodkan di lintasan bawah dan lima spesies direkodkan di bawah jambatan. Keluasan keliaran gajah yang dilepaskan di sekitar empangan adalah antara 143 km2 hingga 519 km2. Pergerakan Sireh adalah sejauh 20 km ke arah barat laut dan terhalang oleh Tasik Puah. Pergerakan Sulaing adalah sejauh 18 km ke arah barat daya dan terhalang oleh Tasik Kenyir serta Tasik Puah manakala pergerakan Ree adalah sejauh 20 km ke arah tenggara dan terhalang oleh Tasik Kenyir. Semasa fasa operasi empangan, Sulaing memasuki kawasan kelapa sawit dan getah manakala Sireh memasuki kawasan getah dan dusun. Kawasan teras satu kumpulan gajah (Rio) adalah di sekitar Stesen Jana Elektrik Puah (SJEP). Kawasan terbuka adalah habitat pilihan Rio di SJEP dengan nisbah terpiawai 0.83942. Terdapat perbezaan bererti pada keluasan keliaran Rio dan Sireh [H(3)=9.06, p=0.028]. Kajian ini mendapati mamalia sosial dapat bermandiri dengan baik apabila berlaku perubahan guna tanah pada habitat asal. Haiwan yang kurang kemampuan untuk berenang akan menetap di sekitar tasik manakala haiwan yang mampu tersebar akan bergerak keluar daripada kawasan empangan. Kajian ini mencadangkan untuk mengambil kira pertimbangan berikut sebelum merancang pembinaan empangan: i) lokasi empangan yang dikelilingi hutan yang luas supaya hidupan liar dapat mencari habitat baharu, ii) gangguan yang minimum semasa fasa operasi empangan bagi memberi laluan kepada proses penstabilan semula habitat, dan iii) ketersediaan rangkaian ekologi berhampiran empangan untuk membantu pergerakan hidupan liar.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectGajah -- Hulu Terengganuen_US
dc.subjectEmpangan -- Hulu Terengganuen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKesan fasa operasi projek hidroelektrik terhadap adaptasi pergerakan dan kawasan keliaran gajah Asia (elephas maximus) dan spesies mamalia lain di Hulu Terengganuen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages329en_US
dc.identifier.barcode006870en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.