Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389732
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Izzuddin Hairol, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNaufal Nordin (P99916)-
dc.date.accessioned2023-02-13T01:14:00Z-
dc.date.available2023-02-13T01:14:00Z-
dc.date.issued2023-01-19-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389732-
dc.description.abstractIntegrasi visual-motor (VMI) adalah keupayaan persepsi visual dan pergerakan jaritangan dapat dikoordinasi dengan baik. Kemahiran visuo-spatial (VS) merujuk kepada kemahiran untuk mengecam, mengekalkan dan mengingat kembali rangsangan visual. Kedua-dua kemahiran ini adalah penting untuk kerja amali sekolah seperti membaca, menyalin dan menulis. Kajian ini dijalankan dalam tiga fasa bermula dengan fasa satu untuk menentukan kemahiran VMI dan VS dalam kalangan kanak-kanak prasekolah (n=435) dan faktor sosioekonomi yang mempengaruhinya menggunakan ujian Beery- VMI dan Block Design. Fasa dua bertujuan untuk membangunkan dan mengesahkan kit intervensi untuk meningkatkan kedua kemahiran ini melalui kaedah kesahan muka dan kandungan. Fasa tiga melibatkan kesan Kit PLAY terhadap 38 kanak-kanak yang mempunyai kemahiran VMI lemah. Fasa satu mendapati min VMI adalah 100.42 ± 8.58 dan min VS 9.79 ± 2.92. Analisis regresi logistik menunjukkan subjek daripada Tabika KEMAS, pendapatan bawah RM3000, tahap pendidikan ibu dan bapa yang rendah, serta kemasukan prasekolah umur 6 tahun berisiko mendapati skor VMI dan VS rendah. Pada fasa dua, Kit PLAY dibangunkan melalui sorotan kepustakaan yang mengandungi aktiviti kemahiran motor halus, tulisan tangan, dan visual persepsi untuk digunakan oleh ibu bapa atau ahli sains kesihatan bagi meningkatkan kemahiran VMI dan VS. Pengesahan mendapati nilai I-CVI antara 0.83-1.00 bagi setiap item dan S-CVI pada nilai 0.90. Dalam fasa tiga, subjek dibahagikan kepada kumpulan kawalan (n=19, min VMI: 88.79±2.30, min VS: 5.92±2.96) dan kumpulan intervensi (n=19, min VMI: 87.05±4.30, min VS: 5.95±3.27). Hasil intervensi mendapati min VMI dan VS kumpulan kawalan adalah hampir sama dengan pra-intervensi iaitu 89.63±7.50 dan 5.26±2.79. Bagi kumpulan intervensi, skor VMI dan VS meningkat secara signifikan kepada 96.79±6.71 [F(1,36)=28.26, p<0.01] dan 8.47±2.74 [F(1,30)=5.91, p=0.02]. Kemahiran VMI dan VS digalakkan untuk disaring sebagai persediaan untuk memulakan persekolahan formal dan diberikan pengurusan kepada mereka yang mempunyai masalah. Intervensi Kit PLAY dapat meningkatkan kemahiran VMI dan VS dan boleh dimasukkan dalam pelan pengurusanen_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectVisual Motor Coordinationen_US
dc.subjectPsychomotor Performanceen_US
dc.subjectVisuospatial Agnosiaen_US
dc.subjectAgnosiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenilaian masalah kemahiran integrasi visual-motor dan visuo-spatial serta keberkesanan kit play sebagai intervensi bagi kanak-kanak prasekolah di Lembah Klangen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages322en_US
dc.format.degreeIjazah Doktor Falsafahen_US
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.