Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389698
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ungku Maimunah Mohd.Tahir, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Washima Che Dan (P75221) | - |
dc.date.accessioned | 2023-02-09T04:20:06Z | - |
dc.date.available | 2023-02-09T04:20:06Z | - |
dc.date.issued | 2023-01-09 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389698 | - |
dc.description.abstract | Tesis ini memfokuskan penelitian terhadap Pujangga Melayu karya Mohd. Affandi Hassan yang merupakan sebuah novel tetralogi yang menggabungkan empat buah novel di bawah satu judul. Fokus ini mengambil kira kehadiran Pujangga Melayu sebagai manifestasi konkrit dalam bentuk kreatif terhadap Persuratan Baru iaitu satu gagasan pemikiran yang diutarakan oleh Mohd. Affandi Hassan, dalam usaha beliau merungkaikan permasalahan semasa yang melanda kegiatan sastera Melayu moden. Antaranya ialah kelesuan intelektual yang disebabkan oleh kecenderungan terhadap cerita dan aspek-aspek pembikinannya, selain kekeliruan nilai yang diperagakan dalam karya-karya sastera Melayu moden, khususnya genre novel. Dalam konteks ini, Pujangga Melayu cenderung ditangani sebagai sebuah novel yang mengutamakan idea dan pemikiran (disebut sebagai “wacana”), dan mengabaikan cerita yang menjadi antara aspek utama dalam pengkonsepsian serta penulisan genre novel. Tesis ini menghujahkan bahawa soal “tiadanya cerita dalam Pujangga Melayu” menjadi satu permasalahan yang belum terungkai, dan dengan itu telah mengujudkan lompong ilmiah dalam pengkajian novel Pujangga Melayu. Dengan permasalahan di atas, tesis ini distrukturkan bagi mencapai objektif-objektif berikut, iaitu mengenal pasti dan menganalisis aspek-aspek utama novel dalam Pujangga Melayu, dan seterusnya merumuskan kedudukan Pujangga Melayu sebagai sebuah novel. Tesis ini mengguna pakai pendekatan Analisis Teks (Textual Analysis) khususnya menerapkan kerangka bacaan yang dibina berdasarkan pandangan-pandangan E.M. Forster (1927) dan Jeremy Hawthorn (1985). Berasaskan kerangka bacaan tersebut, tesis ini menganalisis tiga aspek utama dalam penulisan genre novel iaitu Plot, Latar dan Watak. Hasil analisis mendapati bahawa Pujangga Melayu memiliki aspek-aspek utama dan asasi dalam penulisan novel iaitu Plot, Latar dan Watak, sebagaimana yang diajukan oleh E.M. Forster dan Jeremy Hawthorn. Ini bererti, sebagai sebuah novel, Pujangga Melayu mempunyai “cerita”. Akan tetapi, pembangunan “cerita” Pujangga Melayu didapati tidak sepenuhnya akur terhadap tuntutan-tuntutan penulisan genre novel secara konvensional kerana memberikan keutamaan terhadap idea dan pemikiran dalam penceritaan novel. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Pujangga Melayu | en_US |
dc.subject | Mohd. Affandi Hassan | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Aspek-aspek novel dalam pujangga Melayu karya Mohd. Affandi Hassan | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 213 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Aspek-aspek novel dalam pujangga Melayu karya Mohd Affandi Hassan Restricted Access | Full-text | 4.72 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.