Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389660
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRoslinda Rosli, Dr.-
dc.contributor.authorMohd Fareed Aliwee (P101218)-
dc.date.accessioned2023-02-02T07:49:18Z-
dc.date.available2023-02-02T07:49:18Z-
dc.date.issued2022-07-18-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389660-
dc.description.abstractPendidikan kewangan merupakan sebahagian daripada kemahiran penting bagi mendepani cabaran abad ke-21 yang semakin kompleks. Pengintegrasian elemen kewangan dalam mata pelajaran matematik telah dilakukan bagi meningkatkan literasi kewangan di kalangan pelajar. Namun, cabaran dalam melaksanakan topik ini memerlukan guru matematik untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan serta kaedah dan strategi pengajaran yang berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meneroka tahap pengetahuan dan kaedah pengajaran guru matematik dalam topik Matematik Pengguna Simpanan dan Pelaburan, Kredit dan Hutang matematik tingkatan tiga. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian kes terhadap empat orang guru matematik yang telah dipilih berdasarkan teknik pensampelan bertujuan. Pengumpulan data kajian telah diperolehi menerusi instrumen ujian matematik pengguna terdiri daripada lima item tugasan serta melalui protokol temu bual berbentuk semi struktur berasaskan tugasan. Analisis kualitatif telah digunakan bagi menganalisis instrumen ujian matematik pengguna Manakala data temu bual kajian pula menggunakan kaedah analisis kandungan yang terdiri daripada empat peringkat iaitu decontextualisation, recontextualisation, categorization dan compilation. Hasil analisis mendapati bahawa tahap pengetahuan guru matematik dalam topik matematik pengguna adalah pada tahap sederhana. Bagi dapatan analisis temu bual, kajian mendapati semua guru memberikan persepsi yang positif terhadap pendidikan kewangan. Tambahan pula, majoriti guru mengamalkan penggunaan bahan bantu pengajaran seperti slaid pengajaran, pembelajaran kolaboratif, bahan maujud dan video semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, pengajaran topik matematik pengguna yang masih baru menyebabkan guru matematik berdepan dengan cabaran dalam mengintegrasikan elemen kewangan dengan baik. Kajian mendapati bahawa faktor seperti pengetahuan guru matematik, kekangan masa pengajaran serta kekurangan sumber pengajaran merupakan antara cabaran dalam melaksanakan pendidikan kewangan dengan efektif. Di harap dapatan kajian ini dapat membantu menambahbaik program pembangunan profesionalisme guru matematik dalam topik matematik pengguna dengan meningkatkan pengetahuan isi kandungan guru serta merangka strategi pengajaran yang lebih berkesan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPendidikan kewanganen_US
dc.subjectMatematik -- Pengajaran dan pembelajaranen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleTahap pengetahuan dan kaedah pengajaran guru matematik dalam topik matematik pengguna : simpanan dan pelaburan, kredit dan hutangen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages198en_US
dc.identifier.barcode006864en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Tahap pengetahuan dan kaedah pengajaran guru matematik dalam topik matematik pengguna : simpanan dan pelaburan, kredit dan hutang.pdf
  Restricted Access
Partial761.89 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.