Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389656
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSuhaila Zailani @ Ahmad, Dr.-
dc.contributor.authorSiti Rohani Jasni (P90058)-
dc.date.accessioned2023-02-02T07:44:53Z-
dc.date.available2023-02-02T07:44:53Z-
dc.date.issued2022-07-22-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389656-
dc.description.abstractKaedah pembelajaran morfologi Arab yang pasif dan berpusatkan guru semakin kurang digemari oleh generasi masa kini yang lebih tertarik kepada sesuatu yang kreatif dan menyeronokkan. Kajian lepas menunjukkan integrasi permainan dalam pembelajaran berpotensi meningkatkan kemahiran dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Oleh itu, inovasi papan permainan diperkenalkan sebagai kaedah alternatif bagi pembelajaran morfologi Arab melalui ‘Program Eksplorasi Morfologi Arab’. Bagi menentukan keberkesanan aplikasi papan permainan dalam program yang telah dijalankan, kajian ini cuba mencapai beberapa objektif iaitu Pertama, menganalisis keberkesanan modul papan permainan ke atas pencapaian morfologi Arab dalam kalangan pelajar SMKA bagi aspek kata kerja, derivasi dan kata nama terbitan setelah melalui ujian pra dan ujian pasca. Kedua, mengukur keberkesanan modul bagi aspek minat dan motivasi pelajar terhadap aplikasi papan permainan morfologi Arab. Ketiga, menilai relevansi pelaksanaan aplikasi papan permainan morfologi Arab bagi meningkatkan pencapaian morfologi Arab pelajar SMKA. Keempat, menentukan kebolehgunaan papan permainan berdasarkan kesepakatan pakar. Reka bentuk eksperimental dijalankan bagi menilai keberkesanan papan permainan morfologi Arab yang terdiri daripada 80 orang pelajar di sebuah SMKA. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pencapaian, soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Manakala, data kualitatif dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati pendekatan pembelajaran menerusi papan permainan berupaya meningkatkan pencapaian pelajar dalam morfologi Arab. Analisis respon pelajar bagi aspek minat dan motivasi terhadap pembelajaran berasaskan permainan secara keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi. Antara papan permainan yang paling diminati pelajar ialah Lucbah Kad Tasrif 5 dengan peratusan sebanyak 80%, diikuti dengan Lucbah Tasrif 63.7% dan Lucbah Sullam al-Najah 47%. Analisis pemerhatian menunjukkan bahawa pelajar memberikan kerjasama yang memberangsangkan dan terlibat secara aktif sepanjang aktiviti papan permainan dijalankan. Mereka menunjukkan minat yang mendalam terhadap pembelajaran berasaskan papan permainan yang dilakukan secara santai dan hands-on. Pakar juga bersepakat bahawa aplikasi papan permainan releven dipraktikkan dalam kalangan pelajar SMKA kerana ia dapat memberi impak positif terhadap perkembangan kognitif dan psikomotor pelajar melalui amalan praktis terhadap kepelbagaian bentuk pola kata Arab yang dilakukan secara berulang kali. Implikasi kajian ini menyumbang kepada model, teori dan amalan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan keperluan pembelajaran abad ke-21 serta memberi inspirasi kepada penggubal modul untuk merealisasikannya dalam pembelajaran.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectArabic language -- Morphologyen_US
dc.subjectArabic language -- Study and teaching (Secondary) -- Malay speakersen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKeberkesanan aplikasi papan permainan dalam program eksplorasi morfologi Araben_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages278en_US
dc.identifier.callnoPJ6131.S57 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode006860en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Keberkesanan aplikasi papan permainan dalam program eksplorasi morfologi Arab.pdf
  Restricted Access
Full-text4.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.