Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389655
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAnwar Fakhri Omar-
dc.contributor.authorNik Muhammad Abdul Hayyi Nik Idris (P87040)-
dc.date.accessioned2023-02-02T07:39:28Z-
dc.date.available2023-02-02T07:39:28Z-
dc.date.issued2022-08-01-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389655-
dc.description.abstractTakzir adalah salah satu pendekatan hukuman yang diharuskan oleh syarak. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kelantan telah mewujudkan satu perjanjian bertulis yang bersifat hukuman denda terhadap wakil rakyat mereka sekiranya meninggalkan parti setelah memenangi kerusi pilihanraya. Kajian ini membincangkan permasalahan yang melanda sesetengah bekas pemimpin PAS di Kelantan yang telah melanggar lafaz baiah taklik talak tiga yang diikrarkan oleh mereka. Objektif utama kajian ini adalah menilai validitasi baiah yang diamalkan oleh PAS serta mengkaji interpretasi terbaik terhadap pelaksanaan baiah taklik talak tiga yang diamalkan oleh calon PAS Kelantan dalam pilihanraya beserta implikasinya terhadap maslahat umum dan maslahat khusus selain memastikan keabsahannya sebagai sebuah hukuman takzir. Rekabentuk kajian yang dipilih dalam kajian ini ialah analisis kandungan. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis kandungan dan metode pensejarahan. Pemilihan tajuk ini sebagai korpus kajian adalah bertujuan untuk menghuraikan pelaksanaan hukuman takzir berdasarkan fiqh politik Islam yang kurang mendapat perhatian pengkaji tanah air. Ringkasnya, kajian ini berbentuk kepustakaan (kualitatif) melalui pendekatan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati hukuman takzir yang dilaksanakan oleh pimpinan PAS Kelantan bagi mengikat wakil rakyat mereka daripada melakukan tindakan berpaling tadah adalah sesuatu yang baharu dalam pengamalan politik tanah air. Kajian seterusnya juga mendapati keharusan diadakan baiah taklik talak tiga di Kelantan kerana tiada nas syarak yang melarang selain ia sebagai aspek keberkesanan terhadap kelangsungan kerajaan PAS di Kelantan. Hasil kajian mendapati hukuman takzir yang diamalkan oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) Kelantan ini mampu membendung pemimpin mereka daripada melakukan pengkhianatan selepas berjaya terpilih sebagai wakil rakyat.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPolitical parties -- Malaysiaen_US
dc.subjectParty discipline -- Malaysiaen_US
dc.subjectTaʻzīr punishment (Islamic law)en_US
dc.subjectPolitical party rules -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePelaksanaan baiah taklik talak tiga sebagai hukuman takzir menurut perspektif siyasah syari'yyahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages132en_US
dc.identifier.callnoJQ1062.A98P376 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode006859en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pelaksanaan baiah taklik talak tiga sebagai hukuman takzir menurut perspektif siyasah syari'yyah.pdf
  Restricted Access
Full-text1.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.