Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389654
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Md Nor Abdullah, Dr. | - |
dc.contributor.author | Nur Shahirah Zolkanain (P91748) | - |
dc.date.accessioned | 2023-02-02T07:38:30Z | - |
dc.date.available | 2023-02-02T07:38:30Z | - |
dc.date.issued | 2022-07-13 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389654 | - |
dc.description.abstract | Al-Taqdіm dan al-Ta’khіr merupakan salah satu gaya bahasa yang terkandung dalam al-Qur‟an. Gaya bahasa al-Taqdіm dan al-Ta’khіr dapat diertikan sebagai adanya suatu lafaz mahupun ayat yang didahulukan atau diakhirkan dari tempat asal dengan tujuan tertentu. Dalam perbincangan mengenai icjaz al-Qur‟an sudah tentu al-Taqdіm dan al-Ta’khіr merupakan salah satu bentuk icjaz al-Qur‟an. Akan tetapi, gaya bahasa ini masih lagi kurang diperbahas secara terperinci dan komprehensif dalam medan kajian hingga menjadikan ia perlu diketengahkan bagi merungkai makna tersirat yang terkandung di sebalik ayat-ayat surah al-Baqarah. Dengan menjadikan surah al-Baqarah sebagai korpus kajian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ayat-ayat surah al-Baqarah yang mengandungi gaya bahasa al-Taqdіm dan al-Ta’khіr serta menganalisis rahsia dan tujuan penggunaan gaya bahasa tersebut yang terkandung di sebalik ayat-ayat surah al-Baqarah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis deskriptif dan metode induktif dalam menganalisis data sepanjang kajian dijalankan. Dengan berpandukan teori Naẓm al-Jurjanі dan juga teori ilmu Macani Lashin dalam proses penganalisisan, kajian telah mengemukakan 29 ayat yang mengandungi gaya bahasa ini dari sudut penglibatan agen fleksi dan 13 ayat yang tidak melibatkan agen fleksi. Secara keseluruhannya, berdasarkan daripada 42 ayat yang telah dianalisis, hasil kajian mendapati terdapat beberapa sebab dan tujuan gaya bahasa al-Taqdіm dan al-Ta’khіr yang terkandung di sebalik ayat-ayat surah al-Baqarah. Antara sebab dan tujuannya ialah untuk pengkhususan, penegasan, perhatian, pemeliharaan, penyesuaian dan sebagainya. Selain daripada menyumbang kepada kefahaman menyeluruh terhadap pentafsiran surah al-Baqarah, kajian ini juga memberi peluang untuk merungkai rahsia icjaz yang tersembunyi di sebalik susunan lafaz ayat al-Qur‟an yang didahulukan dan diakhirkan. Oleh itu, kajian ini mampu mengelakkan daripada berlakunya kesamaran mahupun pemesongan dalam memahami tafsiran ayat al-Qur‟an terutamanya ayat yang mengandungi gaya bahasa ini. Implikasi kajian ini dapat memberi penghayatan kepada umat Islam akan kemukjizatan al-Qur‟an yang terserlah menerusi penggunaan gaya bahasa khususnya gaya bahasa al-Taqdіm dan al-Ta’khіr. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Qurʼan -- Evidences, authority, etc. | en_US |
dc.subject | Qurʼan -- Language, style | en_US |
dc.subject | Qur'an -- Surat al-Baqarah -- Language, style | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Analisis gaya bahasa al-Taqdim dan al-Ta'khir dalam surah al-Baqarah menurut teori nazm al-Jurjani | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 124 | en_US |
dc.identifier.callno | BP130.73.N847 2022 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 006858 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pengajian Islam | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Analisis gaya bahasa al-Taqdim dan al-Ta'khir dalam surah al-Baqarah menurut teori nazm al-Jurjani.pdf Restricted Access | Partial | 914.8 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.