Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389470
Title: Efikasi kendiri dan hubungannya dengan kesejahteraan subjektif guru kemahiran vokasional pendidikan khas
Authors: Nurhidayah Shamsudin (P92488)
Supervisor: Khairul Farhah Khairuddin, Dr.
Keywords: Pendidikan khas
Vokasional
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Sep-2022
Abstract: Transformasi pendidikan dalam kurikulum pendidikan khas yang baharu menjadikan tugas guru pendidikan khas pembelajaran yang mengajar mata pelajaran vokasional (MPV) lebih mencabar sekali gus memberi kesan terhadap kesejahteraan subjektif. Justeru, efikasi kendiri yang tinggi penting bagi melahirkan guru yang berkualiti dalam mendepani cabaran pendidikan pada hari ini. Kajian ini dijalankan untuk meninjau efikasi kendiri dan hubungannya dengan kesejahteraan subjektif guru mata pelajaran vokasional pendidikan khas pembelajaran di negeri Terengganu. Seramai 85 orang guru mata pelajaran vokasional pendidikan khas pembelajaran dipilih sebagai sampel kajian secara rawak mudah dari 8 daerah di negeri Terengganu. Kaedah tinjauan digunakan dan data dikumpulkan menggunakan satu set soal selidik. Instrumen soal selidik ini diterjemah dan diadaptasi daripada Skala Keberkesanan Guru (Teacher Sense of Efficacy Scale) dan Skala Kepuasan Hidup (Satisfaction with Life Scale). Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi bagi menjawab persoalan kajian. Kaedah analisis deskriptif yang digunakan adalah seperti frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai untuk melihat demografi, tahap efikasi kendiri dan tahap kesejahteraan subjektif guru. Manakala, analisis inferensi yang digunakan adalah ujian t dua sampel bebas, ANOVA, korelasi pearson dan regresi mudah. Dapatan kajian menunjukkan tahap efikasi kendiri guru mata pelajaran vokasional pendidikan khas pembelajaran adalah tinggi (M = 3.91, SP = 0.43). Ketiga-tiga domain yang diuji iaitu penglibatan murid, strategi pengajaran, dan pengurusan bilik darjah juga menujukkan tahap yang tinggi. Hasil kajian juga mendapati kesejahteraan subjektif guru mata pelajaran vokasional pendidikan khas pembelajaran berada pada tahap yang tinggi (M = 4.01, SP = 0.45). Analisis inferensi menggunakan ujian t dua sampel bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap efikasi kendiri dan kesejahteraan subjektif berdasarkan faktor demografi jantina, pengalaman dan memiliki sijil kemahiran. Manakala, ujian ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap efikasi kendiri pada peringkat umur tertentu, namun tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap kesejahteraan subjektif berdasarkan demografi umur. Analisis korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara efikasi kendiri dengan kesejahteraan subjektif (r = 0.670). Analisis regresi mudah mendapati efikasi kendiri menyumbang sebanyak 44.9% (r2 = 0.449) terhadap kesejahteraan subjektif. Manakala, 55.1% disumbangkan oleh faktor-faktor lain. Kajian mengimplikasikan bahawa guru mata pelajaran vokasional pendidikan khas perlu mempunyai efikasi kendiri dan kesejahteraan subjektif yang tinggi dalam memberi kesan yang lebih efektif terhadap profesion mereka.
Pages: 138
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Efikasi kendiri dan hubungannya dengan kesejahteraan subjektif guru kemahiran vokasional pendidikan khas.pdf
  Restricted Access
Full-text5.53 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.