Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389467
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhammad Rizal Razman, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Radin Zulhazmi Radin Abdul Halim (P91244) | - |
dc.date.accessioned | 2023-01-13T07:55:12Z | - |
dc.date.available | 2023-01-13T07:55:12Z | - |
dc.date.issued | 2022-09-21 | - |
dc.identifier.uri | http://10.1.155.70:8080/jspui/handle/123456789/389467 | - |
dc.description.abstract | Kerajaan Malaysia telah mengakui peri pentingnya peralihan tenaga berkarbon rendah untuk mencapai aspirasi pelepasan sifar bersih menjelang 2050. Peralihan tenaga ini adalah satu peralihan sosioteknikal yang melibatkan perubahan mendalam kepada institusi yang mengawal masyarakat. Dalam hal ini, pendekatan keinstitusian adalah berpengaruh untuk analisis peralihan ini bagi menentukan sesuatu dasar atau tindakan oleh pihak berkepentingan. Permasalahan kajian adalah untuk menentukan pendekatan keinstitusian manakah digunakan oleh pihak berkepentingan yang mempengaruhi pengurusan peralihan tenaga berkarbon rendah di Semenanjung Malaysia. Empat jenis pendekatan keinstitusian yang dominan telah dikaji iaitu pendekatan keinstitusian sejarah, pilihan rasional, sosial dan empirikal. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti pihak berkepentingan, menganalisis keterlibatan dan kerjasama dalam pengurusan tenaga, menjelaskan pengaruh setiap jenis pendekatan keinstitusian serta menggarap kerangka kerjasama dalam pengurusan peralihan tenaga berkarbon rendah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melibatkan analisis 10 dokumen rasmi iaitu dasar, pelan induk, akta dan peraturan serta menemubual 6 informan terdiri daripada pegawai agensi utama yang terlibat dalam pengurusan tenaga. Data primer dan sekunder yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti bagi mengenalpasti tema dan subtema yang wujud dalam setiap pendekatan keinstitusian. Keseluruhan hasil analisis dokumen dan temu bual mengandungi sembilan tema yang menggambarkan pendekatan keinstitusian yang mempengaruhi pengurusan peralihan tenaga berkarbon rendah di Semenanjung Malaysia. Tema-tema utama ialah perubahan, pengawalan, insentif, sekatan, pasaran, penglibatan, rundingan, wacana dan teknologi. Hasil analisis dokumen mendapati frekuensi petikan yang terdapat dalam pendekatan keinstitusian sejarah adalah 375, diikuti keinstitusian pilihan rasional (352), sosial (245) dan empirikal (145). Manakala hasil analisis temu bual pula mendapati frekuensi petikan yang terdapat dalam pendekatan keinstitusian sejarah adalah 153, diikuti keinstitusian pilihan rasional (123), sosial (87) dan empirikal (68). Berdasarkan rumusan analisis, dapatan kajian adalah dinamik kerana setiap tema dan subtema yang wujud tidak dapat berdiri secara sendiri kecuali saling berhubung kait lalu mewujudkan saling kebergantungan yang kompleks. Dua penilaian telah dikenal pasti dalam kajian ini. Pertama, penilaian faktor berdasarkan pendekatan keinstitusian sejarah, pilihan rasional, sosial dan empirikal menunjukkan bahawa pihak berkepentingan ada menggunakan keempat-empat jenis pendekatan keinstitusian tersebut. Bagaimanapun, tiada satu jenis pendekatan yang mampu mempengaruhi proses berkenaan secara bersendirian. Kedua, penilaian mencadangkan untuk menjadikan pengurusan peralihan tenaga berkarbon rendah lebih cekap dan berkesan tetapi tidak mampu menjelaskan faktor yang mempengaruhi proses berkenaan dengan hanya bersandarkan satu pendekatan sahaja. Justeru, perspektif pemikiran dan idea perlu diberikan penekanan dengan menunjukkan bagaimana idea saintifik yang berasaskan pemikiran kluster dimodifikasi kepada idea kesinambungan menggunakan pemikiran konstruktif. Proses ini berlaku selepas dipengaruhi oleh faktor berdasarkan pendekatan keinstitusian sejarah, pilihan rasional, sosial dan empirikal yang digunakan oleh pihak berkepentingan dalam pengurusan peralihan tenaga berkarbon rendah dengan menggunakan idea kesinambungan berdasarkan konsep kelestarian kebergantungan. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Tenaga berkarbon rendah | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Pendekatan keinstitusian terhadap peralihan tenaga berkarbon rendah di Semenanjung Malaysia | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 257 | en_US |
dc.identifier.barcode | 006933 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pendekatan keinstitusian terhadap peralihan tenaga berkarbon rendah di Semenanjung Malaysia.pdf Restricted Access | Full-text | 3.09 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.