Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389462
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Che Aziz Ali, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohamad Ezanie Abu Samah (P84029) | - |
dc.date.accessioned | 2023-01-13T07:42:12Z | - |
dc.date.available | 2023-01-13T07:42:12Z | - |
dc.date.issued | 2021-12-07 | - |
dc.identifier.uri | http://10.1.155.70:8080/jspui/handle/123456789/389462 | - |
dc.description.abstract | Kajian sedimentologi dan stratigrafi jujukan Kumpulan Setul telah dijalankan di Pulau Langkawi dan Perlis. Ia berasaskan sebaran batuan Kumpulan Setul yang dikenalpasti pada peta geologi dan cerapan lapangan. Objektif utama kajian ini adalah untuk memahami mengenai konsep sedimentologi, tafsiran sekitaran endapan dan penilaian semula stratigrafi jujukan Kumpulan Setul. Kaedah kajian telah dipecahkan kepada tiga peringkat utama iaitu kajian awal yang tertumpu kepada susun atur gerak kerja, kajian semasa melalui pelaksanaan kajian lapangan dan kajian selepas yang merangkumi gerak kerja di makmal dan pengumpulan data bagi tujuan pentafsiran maklumat. Berdasarkan kepada kajian lapangan dan makmal, jujukan Kumpulan Setul boleh dibahagikan kepada dua kelompok fasies utama iaitu fasies mikrobial dan fasies sedimen. Fasies mikrobial terdiri daripada; (1) fasies thrombolit (Ft), (2) fasies stromatolit selari (Fss), (3) fasies stromatolit kompaun (Fsk), (4) fasies onkolit (Fo), (5) fasies stromatolit turus (Fst), (6) fasies stromatolit beralun (Fsa) dan (7) fasies laminasi kriptalgal (Flk). Manakala, fasies sedimen merangkumi; (1) fasies selang lapis batu lumpur dan batu kapur (Fbl-Fbk), (2) fasies heterolitik batu lumpur dan batu kapur (Fh), (3) fasies batu lumpur/syal hitam berkarbon (Fsh), (4) fasies argilit (Fa), (5) fasies batu pasir laminasi selari (Fbps), (6) fasies rijang (Fri), (7) fasies batu kapur masif (Fbk) dan (8) fasies batu kapur merah (Fbkm). Setiap pembentukan fasies dipercayai dipengaruhi oleh kepelbagaian faktor proses geologi antaranya seperti pengaruh persekitaran, tenaga hidrodinamik, perubahan paras air laut dan diagenesis. Dari aspek pengelasan sekutuan fasies, ia terbahagi kepada beberapa sekutuan fasies iaitu (1) SF1 – Lapisan berjejari silisiklastik dataran pasang surut-karbonat atas antara pasang surut, (2) SF2 – Lapisan mikrobial stromatolit suprapasang surut-terumbu karbonat antara pasang surut, (3) SF3 – Lapisan heterolitik-argilit subpasang surut atas, (4) SF4 – Lapisan mikrobial thrombolit-stromatolit subpasang surut atas hingga bawah, (5) SF5 – Lapisan batu kapur pelagik luar pelantar benua dan (6) SF6 – Lapisan argilit-rijang berkarbon cerun bawah hingga lantai laut dalam. Gabungan sekutuan fasies merujuk kepada sistem percampuran di antara persekitaran karbonat laut cetek dan persekitaran karbonat dan klastik laut dalam yang dikelaskan sebagai pelantar karbonat jenis tanjakan homoklin. Pembentukan sistem persekitaran Kumpulan Setul dikaitkan oleh pengaruh daripada perubahan paras air laut global. Berdasarkan kajian stratigrafi, jujukan batuan Kumpulan Setul dibahagikan kepada empat unit batuan utama iaitu unit silisiklastik-karbonat (Formasi Kaki Bukit), unit argilit berkarbon (Formasi Tg. Dendang), unit karbonat (Formasi Mempelam) dan unit silisiklastik (Formasi Jentik). Unit batuan Formasi Kaki Bukit terdiri daripada tiga subunit batuan baharu yang dinamakan sebagai Ahli Sabung, Ahli Pesak Seluar dan Ahli Ewa. Kesemua unit batuan ini ditafsirkan setara dengan unit batuan bagi Formasi Pante Malaka, Formasi Lae Tong, Formasi Rung Nok, Formasi Pa Kae, Formasi Wan Tong, Formasi Kuan Tung dan Formasi Pa Samed yang tersingkap di Thailand. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Sedimentologi | en_US |
dc.subject | Stratigrafi | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Sedimentologi dan stratigrafi jujukan kumpulan setul di Langkawi dan Perlis | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 300 | en_US |
dc.identifier.barcode | 006928 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Sedimentologi dan stratigrafi jujukan kumpulan setul di Langkawi dan Perlis.pdf Restricted Access | Full-text | 23.95 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.