Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389460
Title: Pemikiran 'Abd Allah bin Siddiq al-Ghumari tentang isu penghinaan Rasullulah dalam kitab al-Sayf al-Battar
Authors: Muhammad Zulhelmi Sidek (P104748)
Supervisor: Latifah Abdul Majid, Prof. Madya Dr.
Keywords: Blasphemy (Islam)
al-Ṣiddīq, ʻAbd Allāh ibn Muḥammad -- al-Sayf al-battar li-man sabba al-nabi al-mukhtar
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Aug-2022
Abstract: Kajian ini merupakan analisis terhadap pemikiran cAbd Allah bin Siddiq al-Ghumari (w.1993) tentang isu penghinaan Rasulullah dalam karyanya al-Sayf al-Battār. cAbd Allah al-Ghumari merupakan seorang tokoh prolifik yang banyak mengarang karya dalam pelbagai disiplin ilmu Islam seperti tafsir, hadis, nahu, mantik, balaghah, tauhid dan fikah. Beliau juga adalah tokoh yang responsif dalam menjawab permasalahan semasa antaranya isu penghinaan Rasulullah yang menjadi fokus kajian ini. Penghinaan terhadap Rasulullah telah berlaku sejak baginda masih hidup dan berlarutan sehingga ke hari ini. Ia berlaku dalam pelbagai bentuk seperti penghinaan secara lisan, penulisan karya dan ilustrasi karikatur. Siri keganasan yang berlaku dalam kerangka islamofobia juga saling berkait dengan isu penghinaan Rasulullah. Objektif kajian ini adalah bertujuan mengenal pasti latar belakang dan sumbangan cAbd Allah bin Siddiq al-Ghumari, meneliti peristiwa penghinaan Rasulullah dan menganalisis pemikiran beliau dalam isu penghinaan Rasulullah khusus pada karya al-Sayf al-Battār. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk kualitatif. Metode utama kajian dalam menganalisis data adalah dengan metode analisis kandungan merangkumi literasi atau dokumen yang berkaitan dengan bibiliografi cAbd Allah al-Ghumari dan karya yang berkaitan isu penghinaan Rasulullah. Dapatan kajian mendapati cAbd Allah al-Ghumari adalah seorang tokoh yang menguasai pelbagai bidang ilmu (polymath) sehingga mencapai tahap mujtahid yang mampu berinteraksi dengan dalil menggunakan kepakarannya sekaligus menjawab permasalahan tentang isu penghinaan Rasulullah secara tuntas. Aspek pemikirannya yang terhimpun di dalam al-Sayf al-Battār merangkumi penghujahan ilmiah, pemahaman hubungkait nas dan realiti serta diiringi dengan kritikan sosial yang membina. Karya ini secara holistiknya jelas menggambarkan ketegasan cAbd Allah al-Ghumari dalam membela Rasulullah daripada dihina ditengah-tengah negara-negara Islam kerancuan fungsi. Kajian ini sangat penting buat masyarakat untuk menghadapi isu penghinaan Rasulullah daripada aspek hukum yang terkandung di dalam karya turath dan memahaminya dalam konteks zaman moden merujuk kepada kerangka kefahaman fiqh al-nas dan fiqh al-waqi’. Kitab al-Sayf al-Battār yang dikaji dalam kajian ini dapat dijadikan panduan asas buat masyarakat dalam berhadapan isu penghinaan Rasulullah SAW pada era kontemporari ini.
Pages: 158
Call Number: BP167.3.M849 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pemikiran 'Abd Allah bin Siddiq al-Ghumari tentang isu penghinaan Rasullulah dalam kitab al-Sayf al-Battar.pdf
  Restricted Access
Full-text2.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.