Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389459
Title: Konsep perbandaran Islam dalam Kompleks Yayasan al-Jenderami
Authors: Nur Fadillah Mohamed Fadzil (P90062)
Supervisor: Roziah Sidik @ Mat Sidek, Prof. Madya Dr.
Keywords: Urbanization -- Religious aspects -- Islam
Urbanization -- Arab countries
Kompleks Yayasan al-Jenderami
Architecture -- Islamic influences
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Jul-2022
Abstract: Kajian ini bertitik tolak dari kenyataan Idris Musa bahawa pembinaan Kompleks Yayasan al-Jenderami menghidupkan kembali ketamadunan Baghdad dan Andalus. Penelitian pengkaji pula mendapati bahawa Kompleks Yayasan al-Jenderami mengadaptasi konsep pembinaan kompleks pada zaman Kerajaan al-cUthmaniyyah yang biasanya disebut sebagai kulliye. Justeru, kajian ini menganalisis konsep perbandaran Islam dan asimilasi konsep tersebut terhadap kompleks Yayasan al-Jenderami. Objektif kajian adalah untuk menganalisis konsep perbandaran Islam secara umum, meneliti sejarah penubuhan dan perkembangan Kompleks Yayasan al-Jenderami dan menganalisis asimilasi konsep perbandaran Islam terhadap Kompleks Yayasan al-Jenderami. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian pengamatan atau pemerhatian dan analisis kandungan. Pengumpulan data dilakukan secara tekstual dan visual. Kebanyakan data diperoleh melalui kajian kepustakaan. Kajian ini juga menggunakan kaedah temubual untuk mendapatkan data dengan menemubual kakitangan, pelajar dan bekas guru Kompleks Yayasan al-Jenderami serta penduduk kampung. Data kajian pula dianalisis secara tematik dan deduktif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kompleks Yayasan al-Jenderami dibangunkan dengan mengambil kira kedudukan semulajadi yang strategik, pembinaan masjid, pentadbiran yang sistematik, intelektual dan pendidikan, serta pembangunan fizikal bandar dan kulliye. Justeru, Kompleks Yayasan al-Jenderami mengasimilasi konsep perbandaran Islam dalam pembinaannya.
Pages: 142
Call Number: HT153.N847 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Konsep perbandaran Islam dalam Kompleks Yayasan al-Jenderami.pdf
  Restricted Access
Partial1.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.