Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389456
Title: Pembentukan kontrak pintar Ethereum mengikut kontrak Islam
Authors: Nur Diyana Amanina Zakaria (P94420)
Supervisor: Azlin Alisa Ahmad, Dr.
Keywords: Electronic contracts (Islamic law)
Smart contracts
Finance (Islamic law)
Electronic commerce (Islamic law)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Sep-2022
Abstract: Kontrak pintar Ethereum merupakan satu bentuk transaksi baharu yang bersifat desentralisasi dalam platform blockchain dan masih belum dilaksanakan secara komersial dalam industri kewangan termasuk kewangan Islam. Ia tidak dilaksanakan secara menyeluruh dalam industri kewangan Islam kerana perlaksanaannya yang belum stabil dan diperdebatkan sejajar dengan prinsip syarak. Memandangkan perkembangan kontrak pintar Ethereum masih di peringkat awal, tidak banyak dilakukan lebih-lebih lagi dalam menentukan kedudukan kontrak Islam. Terdapat tiga objektif kajian iaitu mengkaji konsep dan perlaksanaan transaksi kontrak pintar Ethereum dalam teknologi blockchain; menganalisis kedudukannya berasaskan teori kontrak Islam; dan mencadangkan penambahbaikan terhadap kontrak pintar ini agar dapat dilaksanakan mengikut kontrak Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan temubual. Temubual berbentuk separa struktur melibatkan pakar kewangan Islam dan pemain industri. Data-data yang diperoleh dalam kajian ini dianalisis menggunakan perisian QDA Miner. Kajian mendapati bahawa kontrak pintar Ethereum berbeza dengan kontrak pintar yang lain kerana merekod setiap transaksi menggunakan kod komputer hash kriptografi dan solidity. Selain itu, transaksi dalam kontrak pintar Ethereum juga tidak mematuhi dua rukun kontrak Islam iaitu sifat autonomi wujud dalam pihak berkontrak dan membolehkan berlaku manipulasi terhadap kontrak itu sendiri. Justeru, ketidakpatuhan syariah dalam kontrak pintar Ethereum dapat dikurangkan dengan mewujudkan penambaikan pematuhan syariah untuk menyelesaikan isu autonomi dan manipulasi terhadap kontrak itu sendiri. Implikasi kajian ialah kontrak pintar Ethereum berpotensi dijadikan sebagai inovasi dalam industri kewangan Islam sekiranya dapat dijalankan mengikut kontrak Islam dan dipantau oleh pihak berwajib.
Pages: 178
Call Number: BP158.E37N87 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembentukan kontrak pintar Ethereum mengikut kontrak Islam.pdf
  Restricted Access
Partial1.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.