Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389444
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Rujiah Muhin (P101227) | - |
dc.date.accessioned | 2023-01-13T03:18:06Z | - |
dc.date.available | 2023-01-13T03:18:06Z | - |
dc.date.issued | 2022-08-27 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389444 | - |
dc.description.abstract | Kemenjadian murid dan sekolah berkualiti merupakan tunjang utama Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Ia adalah sebahagian usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melestarikan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kemenjadian murid juga menjadi agenda utama dalam pembangunan inovasi pendidikan negara termasuklah pedagogi dan pentaksiran berpandukan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (DSKP). Melalui program ini sekolah diharapkan berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah atau PBD sebagai alat pentaksiran yang holistik dan berterusan terhadap murid. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keprihatinan guru bahasa Arab terhadap pelaksanaan PBD berdasarkan demografi dengan menggunakan Model CBAM. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Persampelan rawak mudah digunakan untuk menentukan sampel kajian. Instrumen kajian ini menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi daripada soal selidik sebenar CBAM dan soal selidik diedarkan melalui Google Form kepada 56 orang guru yang mengajar matapelajaran bahasa Arab sekolah rendah di Putrajaya. Perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26 digunakan untuk menganalisis data statistik deskriptif dan skor peratusan yang dijana dengan menggunakan manual CBAM untuk mengenal pasti profil tahap keprihatinan guru. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap keprihatinan guru bahasa Arab di Putrajaya berada pada Tahap Keprihatinan 4 (Kesan) dan tahap keprihatinan berdasarkan demografi menunjukkan guru perempuan, kumpulan guru yang berumur 30 hingga 49 tahun, kumpulan guru yang mempunyai pengalaman 1 hingga 10 tahun, kumpulan guru yang memiliki sarjana muda dan kumpulan guru yang menghadiri 3 kali kursus PBD menunjukkan tahap keprihatinan yang tinggi. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa guru bahasa Arab di Putrajaya mempunyai tahap keprihatinan yang tinggi terhadapi PBD. Kajian ini boleh dijadikan panduan kepada pihak sekolah, Institut Pendidikan Guru, Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Kementerian Pelajaran Malaysia, untuk melaksanakan latihan dan intervensi serta pemantauan terhadap pelaksanaan PBD di peringkat akar umbi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Pentaksiran bilik darjah (PBD) | en_US |
dc.subject | Bahasa Arab -- Pengajaran dan pembelajaran | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Tahap keprihatinan guru bahasa arab terhadap pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) sekolah rendah berasaskan model CBAM | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 120 | en_US |
dc.identifier.barcode | 006954 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pendidikan | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Tahap keprihatinan guru bahasa arab terhadap pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) sekolah rendah berasaskan model CBAM.pdf Restricted Access | Full-text | 4.47 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.