Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389121
Title: Audit kewangan luaran di Indonesia dan Malaysia : suatu kajian perundangan
Authors: Nizam Burhanuddin (P27684)
Supervisor: Aishah Bidin, Prof. Dr.
Keywords: Auditing -- Law and legislation -- Indonesia
Auditing -- Law and legislation -- Malaysia
Finance, Public
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Feb-2011
Abstract: Tesis ini mengkaji sekatan-sekatan perundangan terhadap kebebasan dalam audit kewangan negara di Indonesia dan Malaysia, yang dilaksanakan oleh jabatan audit Iuaran, iaitu Badan Pemeriksa Kewangan Indonesia dan Jabatan Audit Negara Malaysia. Tesis ini mengkaji pelbagai aspek di mana sekatan perundangan itu berbangkit, dan mengkaji pula apa pengaruh sekatan perundangan itu terhadap kebebasan audit, mengapa hal di alas wujud dan bagaimana sekatan itu boleh diatasi. Kajian ini penting kerana kebebasan audit sangat mempengaruhi keberkesanan hasil suatu audit. Namun, kebebasan dalam audit kewangan negara, yang semestinya dipunyai oleh setiap jabatan audit negara, kadang kala mendapatkan sekatan dari perundangan. Ini memperkuatkan kepentingan kajian ini. Dengan merujuk kepada pelbagai perundangan, tesis ini membangkitkan bahawa terdapat sekatan terhadap kebebasan dalam audit kewangan negara. Sekatan perundangan pada Badan Pemeriksa Kewangan lebih banyak dibandingkan dengan Jabatan Audit Negara Malaysia. Sekatan itu memberikan pengaruh terhadap kebebasan dalam kedudukan, autoriti organisasi, perancangan dan pelaksanaan audit,. Sekatan ini mengurangkan kebebasan dalam menentukan bajet, menentukan mana-mana perkara yang perlu diaudit, memperolehi maklumat yang diperlukan, dan kebebasan melaporkan hasil audit kepada awam atau pengawal undang-undang. Dengan mendalami kebebasan dalam audit percukaian oleh Badan Pemeriksa Kewangan dan Jabatan Audit Negara Malaysia, kajian ini mendapati, terdapat sekatan perundangan. Badan Pemeriksa Kewangan, contohnya, tidak mempunyai kebebasan dalam mengakses data percukaian. Pertimbangan pembuat perundangan, terutama masalah perlindungan hak asasi manusia dan rahsia negara, yang ditafsirkan secara berbeza-beza. Oleh itu, kajian ini mencadangkan beberapa cara untuk menghapuskan sekatan tersebut, di antaranya melalui pengajuan semakan undang-undang ke Mahkamah Konstitusi, melalui semakan undang-undang di Parlimen, atau melalui pembuatan nota kesefahaman dengan Pemerintah.
Notes: Tesis ini tiada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 204
Call Number: C47.NIZ 2011 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
FUU - P27684 NIZAM BURHANUDDIN.pdf
  Restricted Access
1.88 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.