UKM Learning and Research Repository
Ketaksaan imbuhan awalan meN-: analisis teori relevans
      <description>Title: Ketaksaan imbuhan awalan meN-: analisis teori relevans
Authors: Nurul Huda  Mohd Saad
Abstract: Dua aspek imbuhan awalan meN- telah dibincangkan dengan teliti oleh penahu Melayu. Za’ba, Arbak, Asmah dan Nik Safiah et al. lebih menumpukan padanan bentuk atau alomorf meN- dan fungsinya dalam sesuatu ayat. Kajian ini terbina atas ketaksaan dalam imbuhan awalan meN- dengan kata nama konkrit unsur alam batu, gunung, langit, laut, bukit dan busut. Terdapat masalah polisemi dalam imbuhan ini untuk kes ‘menjadi seperti’, ‘seperti/berkeadaan’ dan ‘berlaku seperti/menyerupai sesuatu’. Hal ini disebabkan oleh penggunaan istilah yang pelbagai untuk konsep dan aspek yang sama. Di samping itu juga, wujud makna tersirat dalam imbuhan awalan meN- yang bergabung dengan kata sifat warna hijau, putih, biru dan hitam. Frasa pelepah baru yang menghijau subur (pelepah baru yang menjadi* hijau subur), uban yang memutih (uban yang menjadi* putih), laut yang membiru (laut yang menjadi* biru) dan bermisai tebal yang menghitam (bermisai tebal yang menjadi* hitam) tidak menunjukkan makna ‘x menjadi y’. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan merungkaikan masalah polisemi dan makna tersirat imbuhan awalan meN- yang taksa sifatnya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Data kajian ini diperoleh daripada Pangkalan Data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian ini mengenal pasti ketaksaan dalam imbuhan awalan meN-. Kemudian, ketaksaan dalam imbuhan awalan ini dikelompokkan mengikut golongan kata, iaitu imbuhan awalan meN- dengan kata nama konkrit unsur alam dan imbuhan awalan meN- dengan kata sifat warna. Data kajian dianalisis satu persatu menggunakan teori Relevans, bersandarkan konsep rangka rujuk silang (bridging cross reference) dan ad hoc. Jelas, dapatan kajian telah menghasilkan pengkategorian makna imbuhan awalan meN- yang baharu. Imbuhan awalan meN- dengan kata nama konkrit unsur alam telah menghasilkan makna metafora bagi ‘perbandingan melampau’, ‘perbandingan eksplisit’ dan ‘perbandingan implisit’. Manakala makna tersirat imbuhan awalan meN- dengan kata sifat warna telah mengimplikasikan makna ‘kelihatan’. Pada masa yang sama, kajian ini memberikan suatu alternatif bagaimana imbuhan awalan meN- dipersembahkan dalam nahu Melayu.</description>
Analisis kerjasama keselamatan sempadan darat Malaysia-Indonesia dari perspektif Comprehensive Border Security Cooperation (CBSC) model
      <description>Title: Analisis kerjasama keselamatan sempadan darat Malaysia-Indonesia dari perspektif Comprehensive Border Security Cooperation (CBSC) model
Authors: Shahrizal Sa'ad
Abstract: Kajian ini adalah mengenai kerjasama keselamatan sempadan antara Malaysia dan Indonesia melalui kerangka GBC Malindo yang telah ditubuhkan sejak tahun 1972 melalui SA1972. Wujud keraguan tentang keberkesanan kerjasama keselamatan GBC Malindo dalam meningkatkan keselamatan sempadan Malaysia-Indonesia. Oleh itu, kajian mengetengahkan empat objektif iaitu (i) mengkaji permasalahan dalam GBC Malindo yang selepas diwujudkan lebih 50 tahun yang lalu masih tidak dapat meningkatkan keselamatan sempadan darat antara Malaysia dan Indonesia; (ii) mengkaji sama ada faktor kepentingan nasional menghadkan kerjasama dalam GBC Malindo; (iii) menganalisis sejauh mana jurang tadbir urus dan jurang keupayaan antara negara menghalang pelaksanaan program dan aktiviti dalam GBC Malindo; dan (iv) menganalisis bagaimana faktor politik dan komuniti di sempadan mempengaruhi pelaksanaan pendekatan dan strategi di bawah GBC Malindo. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan memperoleh data primer melalui temu bual berstruktur melibatkan 19 informan utama dari Malaysia dan Indonesia, selain analisis dokumen kerajaan melibatkan risalah dan minit mesyuarat GBC Malindo. Data sekunder pula diperolehi melalui penyelidikan perpustakaan melibatkan tesis, jurnal dan artikel atas talian. Analisis juga menggunakan Model CBSC yang dibangunkan sendiri oleh penyelidik berdasarkan penulisan empat orang sarjana mengenai Teori Pembentukan Sempadan, bagi menilai keberkesanan GBC Malindo berdasarkan perspektif enam komponen dalam model tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa daripada enam komponen, hanya empat komponen yang berjaya dipenuhi oleh GBC Malindo iaitu pewujudan kerangka perundangan, penubuhan institusi sempadan dan komitmen berterusan kerajaan dalam memakmurkan sempadan. Manakala dua komponen lagi tidak berjaya dipenuhi iaitu kelemahan tadbir urus keselamatan melibatkan struktur dan gerak kerja GBC Malindo, jurang kemampuan dan keupayaan negara serta kekurangan program dan aktiviti yang melibatkan komuniti sempadan. Kesimpulannya, GBC Malindo perlu menilai semula SA1972/84 dengan menambahbaik struktur dan gerak kerja jawatankuasa di bawah GBC Malindo, memperkasa fungsi dan peranan sekretariat, meningkatkan aspek penyelarasan antara agensi serta menambah program dan aktiviti melibatkan komuniti sempadan melalui SOSEK Malindo.</description>
Analisis cabaran dan pengaruh kepercayaan kesihatan ibu bapa dan guru terhadap tingkah laku pencegahan COVID-19 di sekolah rendah negeri Selangor
      <description>Title: Analisis cabaran dan pengaruh kepercayaan kesihatan ibu bapa dan guru terhadap tingkah laku pencegahan COVID-19 di sekolah rendah negeri Selangor
Authors: Andi Muhammad Tri Sakti
Abstract: Komunikasi yang tidak selaras dan kurang memberi penekanan kepada kepercayaan kesihatan dikenal pasti sebagai faktor yang membangkitkan kebimbangan terhadap risiko jangkitan COVID-19. Ketika pembukaan semula sekolah secara fizikal diumumkan di Malaysia, komunikasi maklumat yang tidak dirancang bersesuaian dengan keperluan krisis telah mencetuskan kepelbagaian pandangan dan emosi. Ketidakpastian mengenai pelaksanaan pembukaan semula sekolah, kebimbangan mengenai risiko jangkitan COVID-19, dan kerisauan tentang ketidakcapaian hasil pembelajaran adalah antara topik yang telah menyemarak sentimen masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kepercayaan kesihatan dan cabaran pembukaan semula sekolah dalam kalangan pemegang taruh sekolah rendah di negeri Selangor berasaskan Model Kepercayaan Kesihatan. Secara khusus, kajian ini mengenal pasti faktor yang mempengaruhi tingkah laku pencegahan COVID-19 guru dan ibu bapa serta cabaran komunikasi semasa pembukaan semula sekolah. Bagi memberi gambaran yang lebih holistik, kajian ini melibatkan empat kelompok pemegang taruh dalam ekosistem sekolah yang dikenalpasti menerusi andaian Model Ekologi Sosial. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan campuran. Data kuantitatif dikumpulkan daripada enam sekolah terpilih di negeri Selangor melibatkan 514 ibu bapa, 232 guru, dan 403 murid, serta dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif dan inferensial. Dapatan mengenai halangan dalam pembukaan semula sekolah daripada temu bual mendalam dengan 18 orang guru pula dianalisis menggunakan ATLAS.ti versi 24. Kajian mendapati tingkah laku pencegahan COVID-19 guru dipengaruhi oleh persepsi keterukan, persepsi faedah dan isyarat untuk bertindak. Bagi ibu bapa pula, persepsi halangan, persepsi faedah, dan efikasi kendiri adalah signifikan kepada tingkah laku yang memudahkan amalan pencegahan COVID-19 anak-anak mereka. Beberapa cabaran yang dihadapi semasa pembukaan semula sekolah telah dikenal pasti menerusi analisis tematik, iaitu kesukaran mengawal pematuhan prosedur operasi standard dalam kalangan murid, cabaran adaptasi pembelajaran hibrid, pertambahan jam dan beban kerja yang signifikan, serta kerumitan dalam menyeimbangkan antara kehidupan peribadi dan profesional. Analisis cabaran komunikasi yang dihadapi pemegang taruh sekolah menunjukkan kelompongan dalam garis panduan pembukaan semula sekolah dan pelan pengurusan krisis yang dirangka oleh Kementerian Kesihatan. Bagi menambah baik pelan pengurusan krisis kesihatan masa hadapan, kajian ini mencadangkan penekanan dimensi kepercayaan kesihatan bersepadu pada tahap individu dan interpersonal dalam lapisan model sosio-ekologi.</description>
Pengaruh faktor keberkesanan kepimpinan keselamatan dalam kalangan pensyarah terhadap prestasi keselamatan pelajar kolej komuniti Malaysia
      <description>Title: Pengaruh faktor keberkesanan kepimpinan keselamatan dalam kalangan pensyarah terhadap prestasi keselamatan pelajar kolej komuniti Malaysia
Authors: Siti Hajariah Ilani Mat Lazim
Abstract: Kajian ini menghujahkan bahawa faktor keberkesanan kepimpinan keselamatan dalam kalangan pensyarah yang merangkumi lima faktor utama iaitu keperibadian, kompetensi, latihan, pengalaman dan persekitaran mempengaruhi prestasi keselamatan pelajar di kolej komuniti Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kepimpinan keselamatan dalam kalangan pensyarah kolej komuniti, menganalisis faktor-faktor keberkesanan kepimpinan keselamatan dan seterusnya menilai prestasi keselamatan pelajar di kolej komuniti bagi membentuk model pengaruh faktor keberkesanan kepimpinan keselamatan dalam kalangan pensyarah terhadap prestasi keselamatan pelajar kolej komuniti Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Sebanyak 18 buah kolej komuniti rintis telah dipilih bagi tujuan kajian ini. Kaedah pengumpulan data yang telah digunakan adalah menggunakan borang kaji selidik. Seramai 243 responden yang mewakili pensyarah kumpulan akademik dan 167 responden yang mewakili pensyarah kumpulan pengurusan terlibat dalam kajian ini. Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26 dan pemodelan persamaan struktur kuasa dua terkecil separa (PLS-SEM) melalui SmartPLS versi 3.3.9 digunakan untuk mengkaji hubungan antara pemboleh ubah dan seterusnya membentuk model akhir kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan responden bersetuju bahawa tahap kepimpinan keselamatan dalam kalangan pensyarah adalah tinggi bagi aspek orientasi keselamatan dan aspek membina hubungan. Bagi aspek pencegahan dan pembetulan, responden pensyarah kumpulan akademik menunjukkan purata min pada tahap tinggi manakala responden pensyarah kumpulan pengurusan pula menunjukkan purata min pada tahap sederhana. Faktor keperibadian merupakan faktor keberkesanan kepimpinan keselamatan yang paling signifikan berdasarkan nilai min purata tertinggi bagi pensyarah kumpulan akademik (4.02) manakala bagi pensyarah kumpulan pengurusan, faktor kompetensi merupakan faktor keberkesanan kepimpinan keselamatan yang paling signifikan berdasarkan nilai min purata tertinggi (3.90). Prestasi keselamatan dalam kalangan pelajar juga didapati berada pada tahap yang baik. Di samping itu, kajian juga mendapati mendapati bahawa terdapat empat faktor iaitu kompetensi, latihan, pengalaman dan persekitaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan penglibatan keselamatan. Keempat-empat faktor ini juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan pematuhan keselamatan. Akhirnya, model pengaruh faktor keberkesanan kepimpinan keselamatan dalam kalangan pensyarah terhadap prestasi keselamatan pelajar telah berjaya dibentuk dan boleh dijadikan panduan oleh pemegang taruh institusi pendidikan dalam merancang bentuk intervansi yang bersesuaian dalam meningkatkan keberkesanan kepimpinan keselamatan dalam kalangan pensyarah.</description>