DSpace Collection:
Bencana tanah runtuh di Malaysia: kajian kes di Bukit Antarabangsa, Selangor dan Kundasang, Sabah
    <description>Title: Bencana tanah runtuh di Malaysia: kajian kes di Bukit Antarabangsa, Selangor dan Kundasang, Sabah
Authors: Lim Choun Sian (P44185)
Description: Bencana tanah runtuh di Malaysia menyebabkan impak mudarat khususnya kematian, kecederaan, kemusnahan infrastruktur dan harta benda, trauma dan gangguan kehidupan. Masalah tanah runtuh masih tidak berkurangan dan respons bencana biasanya tertumpu kepada mitigasi kejuruteraan. Salah satu kekangan dalam analisis geologi kejuruteraan untuk tanah runtuh yang jarang diteliti atau dibezakan ialah tanah runtuh di Malaysia sebenarnya terjadi pada dua kategori cerun iaitu tabii dan gangguan manusia, di mana set punca dan faktor kejadian adalah berlainan; kedua-keduanya memerlukan kaedah penghindaran dan mitigasi yang tersendiri. Kajian ini bertujuan mendalami punca dan penyebab kejadian tanah runtuh pada terain tabii dan gangguan manusia (bukan tabii). Dua zon bencana tanah runtuh yang agak kontras sejarah kejadiannya dipilih. Kajian kes pertama di terain gangguan manusia: Bukit Antarabangsa, Selangor, merupakan kawasan petempatan bandar di mana pemusatan banyak kejadian tanah runtuh dalam satu lingkungan perbukitan. Kajian kes kedua di terain tabii: Pekan pertanian kawasan pergunungan di Kundasang, Sabah, merupakan zon tanah runtuh kompleks dan berskala besar yang setiap satunya bersaiz kawasan tadahan saliran. Kaedah hibrid pemetaan geomorfologi dan geologi kejuruteraan dibangunkan untuk membolehkan pemetaan tanah runtuh berbilang-skala dan terain pelbagai gunatanah menggunakan data penderiaan jauh temporal dan cerapan lapangan dalam memetakan fitur proses tabii dan bukan tabii iaitu litupan tanah, morfologi tanah runtuh dan deformasi permukaan tanah. Hasil pemetaan ini mengenalpasti (i) kawasan rentan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa berdasarkan perubahan litupan tanah; dan (ii) tujuh sistem utama tanah runtuh besar jenis sackung yang masih lagi aktif di Kundasang dipetakan dengan jitu dan mencadangkan mekanik fenomena ini sebagai suatu kejadian kegagalan morfologi cerun gunung pada skala landskap. Manifestasi tafsiran pemetaan menyimpulkan tiga faktor pengawal yang menjejaskan kestabilan cerun, iaitu: (i) Faktor tabii keadaan geologi dan terain iaitu struktur geologi, bahan geologi terluluhawa, terain yang rentan kepada tanah runtuh, dan bahan enapan permukaan tektonik/koluvium); (ii) Faktor pencetus iaitu hujan atau kandungan air tanah; dan (iii) Faktor berkadaran masa atau luaran yang mengurangkan kestabilan cerun iaitu bahan enapan permukaan tambakan atau buangan pembinaan, teknik pemotongan atau rekabentuk cerun, kecuaian cerun terbengkalai terlalu lama tanpa perlindungan, atau penyelenggaran yang buruk, dan gangguan di cerun bersebelahan seperti cerun-atas dan cerun-bawah yang mempercepatkan hakisan. Pemetaan geologi kejuruteraan merupakan teknik penting untuk penilaian bahaya, mengenalpasti faktor penyebab utama tanah runtuh dan mengurangkan risiko bencana secara holistik secara penghindaran, mitigasi dan respons. Hasil kajian ini menonjolkan ragam tanah runtuh yang jelas berbeza pada terain tabii dan gangguan manusia yang perlu dikenalpasti sebelum sebarang analisis risiko bencana lanjutan, seterusnya mencadangkan langkah pengurangan risiko tanah runtuh melalui penambahbaikan teknik pemetaan geologi dan kawalan gunatanah secara governans untuk pembangunan kawasan bercerun.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.</description>
Bencana semula jadi di kawasan tepu bina: kajian kes sub-lembangan Langat, Malaysia
    <description>Title: Bencana semula jadi di kawasan tepu bina: kajian kes sub-lembangan Langat, Malaysia
Authors: Nurfashareena Muhamad (P67293)
Description: Kawasan tepu bina di sub-lembangan Langat telah berkembang dengan pesat sejak tahun 1990-an. Sejak dua dekad yang lalu, tanah runtuh dan banjir telah dilaporkan secara meluas berlaku di kawasan tepu bina. Keberkesanan sebarang tindakan dalam mengurangkan risiko bencana memerlukan maklumat pelbagai dimensi yang sepadan dengan keperluan pembuat keputusan. Kajian ini direka untuk menyepadukan maklumat dari pelbagai dimensi dengan menggunakan Sistem Maklumat Geografi untuk menyokong dalam membuat keputusan guna tanah di sub-lembangan Langat. Objektif khusus untuk kajian ini adalah untuk menyediakan inventori tanah runtuh dan banjir, mengenalpasti kriteria yang menyumbang kepada kejadian tersebut, dan membangunkan sebuah peta kerentanan bencana bersepadu untuk menyokong dalam membuat keputusan secara termaklum. Empat kaedah utama telah digunakan dalam kajian ini termasuklah kompilasi insiden tanah runtuh dan banjir untuk mewujudkan inventori bencana, analisis kandungan untuk mengenalpasti kriteria yang menyumbang kepada kejadian bencana, elisitasi pakar untuk memberi nilai pemberat terhadap kriteria dan analisis tindan-lapis untuk memproses dan menjana peta tematik. Inventori bencana mendedahkan bahawa tanah runtuh dan banjir telah menjadi kebiasaan di Mukim Kajang yang mempunyai pengembangan keluasan tepu bina yang tertinggi. Kriteria yang menyumbang kepada bencana telah dikategorikan kepada faktor topografi, struktur geologi dan ciri-ciri geomorfologi dan seterusnya diberi nilai pemberat berdasarkan input pakar. Peta kerentanan bencana bersepadu untuk sub-lembangan Langat telah dijana melalui integrasi spatial antara peta tematik tanah runtuh dan banjir bersama data guna tanah. Kawasan kerentanan rendah telah menguasai sub-lembangan dengan keluasan 167.8 km2 diikuti dengan kerentanan tinggi bersama keluasan sebanyak 142.7 km2. Sebahagian besar kawasan kerentanan rendah terletak di Mukim Hulu Langat yang masih diliputi oleh hutan semulajadi. Kawasan kerentanan tinggi pula meliputi bahagian yang mempunyai keluasan tepu bina yang besar terutamanya di Mukim Kajang dan Mukim Cheras. Kira-kira 46% daripada bencana yang lepas turut berlaku dalam kawasan ini. Kajian mendapati bahawa signifikan kawasan kerentanan tinggi dan sangat tinggi tidak digambarkan dengan baik dalam peta bersepadu berbanding peta tematik tanah runtuh dan banjir yang khusus. Penyiasatan terperinci kawasan UKM yang terletak di sub-lembangan Langat telah mendedahkan bahawa maklumat spatial yang jelas pada skala yang relevan adalah penting untuk menyediakan maklumat yang lebih baik bagi memudahkan dan mempercepatkan proses membuat keputusan untuk mengurangkan risiko bencana.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah',Ph.D.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah'</description>