DSpace Collection:
Isu Kemajuan Dalam Majalah Al-Imam (1906-1908) dan Al-Munir (1911-1915)
    <description>Title: Isu Kemajuan Dalam Majalah Al-Imam (1906-1908) dan Al-Munir (1911-1915)
Authors: Sarwan
Description: Kajian ini menganalisis isu kemajuan dalam majalah Al-Imam (1906-1908) Singapura dan majalah Al-Munir (1911-1916) Padang. Objelctif utama kajian meneliti isu-isu yang dibangkitkan Al-Imam dan Al-Munir. Objektif kedua untuk menganalisis tiga isu utama AI-Imam dan Al-Munir, iaitu isu pendidikan, wanita dan agama. Objektif terakhir untuk menilai persamaan dan perbezaan antara AI-Imam dan Al-Munir. Isu kemajuan AI-Imam dan AI-Munir dijadikan sebagai fokus kajian memandangkan ia merupakan isu kontroversi antara Kaum Muda dengan Kaum Tua yang menyemarakkan kemajuan pemikiran dan gerakan umat Islam di Nusantara pada awal abad ke 20 M. Metodologi kajian menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan sumber primer utama naskah Al-Imam dan Al-Munir. Manakala sumber sekunder pula ialah maklumat yang diperoleh daripada buku, tesis, jurnal, akhbar, kertas kerja seminar, risalah, gambar dan dokumen yang berkaitan. Pendekatan kajian bersifat analisis deskriptif dan interpretasi kritikal terutamanya dalam pemeriksaan fakta yang ada hubungan dengan permasalahan pokok tesis. Hasil kajian mendapati bahawa AI- Imam dan Al-Munir menilai ilmu pengetahuan agama dan ilmu pengetahuan moden sangat penting bagi kemajuan umat Islam Nusantara. Al-Imam dan Al-Munir berpendapat bahawa kaum wanita mesti dimajukan dan dihantar ke sekolah. Kemudian Al-Imam dan Al-Munir menentang syirik serta bidaah. Akhimya kajian ini menunjukkan bahawa pokok utama isu kemajuan Al-Imam dan Al-Munir adalah selari kerana faktor sumber, persamaan budaya dan interaksi yang berterusan. Selain itu ada juga terdapat perbezaan dari segi penerimaan masyarakat terhadap isu yang dikemukakan. Kajian ini boleh memberikan sumbangan kepada penemuan baru tentang berkembangnya wacana ilmiah terhadap kelangsungan isu-isu yang dikemukakan oleh Al-Imam dan Al-Munir.,Doktor Falsafah</description>
Anzimat al-ashkal fi al-funun al-tashkiliyyah al-rafadiniyyah 'asr ma qabl al-kitabah dirasah simiyaiyyah
    <description>Title: Anzimat al-ashkal fi al-funun al-tashkiliyyah al-rafadiniyyah 'asr ma qabl al-kitabah dirasah simiyaiyyah
Authors: Juhainah Hamid Hasani
Description: Kajian ini menyentuh tentang penyusunan semula peristiwa awal yang berlaku dalam sejarah berpandukan kepada petunjuk lukisan dan kerja seni. Oleh itu kajian ini telah menguji maklumat yang dipadankan dengan senireka Mesopotamia, seterusnya mengenalpasti sistem rekabentuknya yang tersendiri melalui gambaran ketamadunan Mesopotami secara umum. Ia bakal mewujudkan satu petunjuk yang mampu mengaitkan kepelbagaian maklumat sejarah mengenai berbagai perkara melalui susunatur objek di zaman sebelum penulisan yang dimuatkan dalam satu teks. Period kajian ini ialah sekitar tahun 7000SM sehingga 3500SM, manakala limitasi tempatnya pula ialah kawasan yang merentang antara Sungai Dajlah dan Furat dan persekitarannya, kecuali perkara yang jarang dikaji dan sample yang sukar ditemui. Kajian Simiotik digunakan digunakan melalui imbasan optik untuk mengenalpasti kepelbagaian dimensi sejarah terhadap sesuatu teks bahan dan penamaannya ketika digunakan untuk berhubung. Ia ditambah dengan aspek teknikal secara teori dan praktikal terhadap perkara ini melalui kajian yang didedahkan kepada dimensi perisian (software dimension), hubungkait secara simbolik dan mengesan ungkapan dari induksi bahan perhubungan terbabit. Simbol dan lakaran yang dianalisis diambil dari sumber yang asal. Hasil kajian ini mendapati pegangan akidah memberikan kesan yang jelas bahkan ia memainkan peranan utama dalam menghasilkan rekalukis untuk memahami dan mengatur kehidupan. Susunatur gambar-gambar ini bukan suatu yang bisu, sebaliknya kaya dengan lapisan maklumat yang sukar dileraikan dan seterusnya untuk dikuasai dan difahami. Dari sinilah rentetan sejarah manusia bersambungan secara penuh sehingga ia menjadi lebih penting dari tulisan kerana ia telah diuji dalam tempoh begitu lama. Hasil dari peredaran waktu, andaian tersebut bertukar kepada isyarat terungkap yang lebih khusus yang menemukan jalan ketuhanan berakhir dengan kemunculan Islam. Maksudnya, ia adalah peringkat pertama dalam sejarah perkembangan pemikiran manusia kearah pembentukan tamadun. Di peringkat permulaan, medium ungkapan perhubungan mereka begitu mudah seperti menggunakan bumi, air, angin, tanaman, matahari dan bulan. Berbagai dimensi lain selain objek-objek samawi ini juga digunakan dalam lakaran dan tulisan mereka yang menjurus kepada perbahasan bagaimana untuk memelihara kesinambungan hidup yang sempurna. Sebahagian sistem susunatur ini berubah dari petunjuk asal formasinya mengikut kedudukannya dalam teks sersebut. Oleh yang demikian kepentingan kajian ini terjurus kepada pembacaan khazanah sejarah dalam satu era berdasarkan hasil senireka lukisan objeknya di ketika tamadun manusia belum mengenal erti penulisan selain lukisan dan lakaran. Ia adalah simbol-simbol yang akhirnya membawa kepada kelahiran tulisan dan kemunculan tamadun kemanusiaan di Mesopotamia,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"</description>
Isu kemajuan dalam majalah Al-Imam (1906-1908) dan Al-Munir (1911-1915)
    <description>Title: Isu kemajuan dalam majalah Al-Imam (1906-1908) dan Al-Munir (1911-1915)
Authors: Sarwan
Description: Kajian ini menganalisis isu kemajuan dalam majalah Al-Imam (1906-1908) Singapura dan majalah Al-Munir (1911-1916) Padang. Objektif utama kajian meneliti isu-isu yang dibangkitkan Al-Imam dan Al-Munir. Objektif kedua untuk menganalisis tiga isu utama Al-Imam dan Al-Munir, iaitu isu pendidikan, wanita dan agama. Objektif terakhir untuk menilai persamaan dan perbezaan antara Al-Imam dan Al-Munir. Isu kemajuan Al-Imam dan Al-Munir dijadikan sebagai fokus kajian memandangkan ia merupakan isu kontroversi antara Kaum Muda dengan Kaum Tua yang menyemarakkan kemajuan pemikiran dan gerakan umat Islam di Nusantara pada awal abad ke 20 M. Metodologi kajian menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan sumber primer utama naskah Al-Imam dan Al-Munir. Manakala sumber sekunder pula ialah maklumat yang diperoleh daripada buku, tesis, jurnal, akhbar, kertas kerja seminar, risalah, gambar dan dokumen yang berkaitan. Pendekatan kajian bersifat analisis deskriptif dan interpretasi kritikal terutamanya dalam pemeriksaan fakta yang ada hubungan dengan permasalahan pokok tesis. Hasil kajian mendapati bahawa AlImam dan Al-Munir menilai ilmu pengetahuan agama dan ilmu pengetahuan moden sangat penting bagi kemajuan umat Islam Nusantara. Al-Imam dan Al-Munir berpendapat bahawa kaum wanita mesti dimajukan dan dihantar ke sekolah. Kemudian Al-Imam dan Al-Munir menentang syirik serta bidaah. Akhirnya kajian ini menunjukkan bahawa pokok utama isu kemajuan Al-Imam dan Al-Munir adalah selari kerana faktor sumber, persamaan budaya dan interaksi yang berterusan. Selain itu ada juga terdapat perbezaan dari segi penerimaan masyarakat terhadap isu yang dikemukakan. Kajian ini boleh memberikan sumbangan kepada penemuan baru tentang berkembangnya wacana ilmiah terhadap kelangsungan isu-isu yang dikemukakan oleh Al-Imam dan Al-Munir.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"</description>
Sistem pentadbiran dalam organisasi Islam : kajian terhadap the World Islamic Call Society
    <description>Title: Sistem pentadbiran dalam organisasi Islam : kajian terhadap the World Islamic Call Society
Authors: Ali Salih Ahmad Muhammad
Description: Sistem pentadbiran organisasi Islam yang membawa mesej samawi semestinya menjadikan wahyu sebagai asas rujukannya. Ia akan menggabungkan elemen ilmu, iman dan kemampuan untuk melaksanakan tugas, di samping memiliki akhlak yang luhur. Kajian ini menyentuh tentang sistem pentadbiran organisasi Islam dengan menjadikan The World Islamic Call Society sebagai sampel kajian. Terdapat berbagai organisasi dan pertubuhan Islam dalam dunia Islam kini yang memberi pelbagai sumbangan dan berperanan untuk memberi khidmat kepada Islam dan umatnya sama ada sebagai agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO's). Mereka bergerak berdasarkan halatuju yang telah ditetapkan oleh badan-badan berkenaan. Antara objektif kajian ini ialah mengenalpasti sistem pengurusan dan pentadbiran yang digunapakai dalam Pertubuhan The World Islamic Call Society di samping mengenalpasti ciri-ciri yang terkandung dalam sistem tersebut dari sudut perjawatan dan penggunaan teknologi maklumat. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dan analisis untuk menghasilkan petunjuk dan maksud yang terkandung dalam maklumat dan data yang diperoleh. Seterusnya ia digunakan untuk melihat kaitan antara pelbagai pemboleh ubah dan memberikan tafsiran yang munasabah mengenainya di samping membuat andaian masa depan melalui bahan dan maklumat yang dikaji tadi. Pengumpulan data dan maklumat dibuat berdasarkan soal selidik yang telah diperakui dalam ruang lingkup teori dan hipotesis kajian. Kajian ini mendapati sistem pentadbiran dan pembentukan dasar dalam organisasi The World Islamic Call Society dilaksanakan secara demokratik di samping terdapat galakan yang memberangsangkan oleh pihak pengurusan kepada kakitangannya untuk meningkatkan mutu kerja, badan tersebut menggunakan arahan kerja yang boleh menjamin pengurusan yang lebih lancar dan berkesan. Kajian ini juga mendapati bahawa roh sebenar dalam semangat setiakawan berbagai peringkat di kalangan kakitangan badan tersebut ialah roh persaudaraan Islam yang terjalin antara mereka. Kekurangan peranan wanita sebagai pembuat dasar dan keputusan telah membantutkan keberkesanan dalam hubungan mereka dengan masyarakat sasaran. Kajian ini mencadangkan lebih ramai kakitangan diberi peluang dalam membuat keputusan dan dasar demi keberkesanan gerak kerja di samping mereka dibenarkan memberi pendapat dalam membuat sebarang keputusan umum. Peningkatan kualiti kerja berasaskan teknologi maklumat dan penilaian prestasi yang berdaya saing seperti yang dilaksanakan dalam badan dan organisasi antarabangsa yang lain mesti dipertingkat sesuai dengan tuntutan arus perubahan dalam sistem pentadbiran terkini. The Islamic administrative system which conveys celestial message always takes wahyu (the revelations from Allah SWT) as its main form of reference. The Islamic system combines the element of knowledge, iman and skills in performing tasks while at the same time complete those works with commendable moral virtues. This study explores on Islamic administration system and The World Islamic Call Society is chosen as the sample case. There are numerous Islamic organizations and establishments which provide helps and services to Islam and its people as government agency or non-government organizations (NGO). Their work is based on the goals decided by the establishments. Among the objectives of this study is to identify the administration system used in The World Islamic Call Society. The study also identifies the elements used in the system from the perspectives of work and information technology. This study employs qualitative methodology and analyses to extract meanings and messages embedded in the information and data retrieved. The method is used to show the link between various variables and to give plausible explanations while at the same time, make future assumptions via the elements and information reviewed. The collection of data and information is done through structured survey which correlates with the study theoretical framework and hypotheses. This study found that the administration and policy system used in the World Islamic Call Society was democratically performed. Vis-Ã -vis, it also revealed that motivations were given by the management to its employee to improve work performance. The society has also used adequate work order that guarantees effective and efficient management. This study revealed that the true spirit in the teamwork among the employees at various levels was actually stemmed from the understandings of pure Islamic brotherhood relationships. Consequently, (this study also found that) lack of women€™s role as policy and decision makers has unfortunately, shortchanged the efficacy of the organization€™s connection with the targeted mass society. Therefore, this study suggests that workers should be given the opportunity to be involved in policy and decision-making. Such open approach will influence the efficiency of the work structure. Improved work quality based on information technology and work assessment need be more dynamic to be implemented in such international organizations thus, it can link well with recent changes in administrative disciplines.,Ph.D</description>