DSpace Collection:
Integrasi data transkriptomik dan proteomik daripada Rhynchophorus ferrugineus untuk pembangunan racun serangga biorasional
      <name>Ahmad Faris Seman @ Kamarulzaman (P112403)</name>
    <summary type="text">Title: Integrasi data transkriptomik dan proteomik daripada Rhynchophorus ferrugineus untuk pembangunan racun serangga biorasional
Authors: Ahmad Faris Seman @ Kamarulzaman (P112403)
Abstract: Rhynchophorus ferrugineus atau kumbang merah palma (RPW) adalah serangga perosak yang menyerang lebih 40 spesis palma di lebih 60 lebih negara, termasuk pokok kelapa, kurma dan kelapa sawit. Serangan ini telah mengakibatkan kerugian yang besar di negara-negara Timur Tengah, Asia Tenggara termasuk Indonesia, dan China. Di Malaysia, serangan RPW setakat ini tertumpu pada pokok kelapa dan sagu, tetapi terdapat ancaman serangan RPW yang serius terhadap 5.8 juta hektar ladang kelapa sawit, yang merupakan salah satu penyumbang utama ekonomi negara. Pilihan perumah yang berubah-ubah oleh RPW, menuntut langkah pencegahan dan kawalan yang lebih efisien. Strategi utama untuk mengawal RPW adalah dengan menggunakan racun serangga berspektrum luas. Racun ini telah dilaporkan mencemarkan alam sekitar. Ia juga turut membunuh serangga bukan sasaran, terutama kumbang pendebunga pokok kelapa sawit, Elaeidobius kamerunicus (EK). Maka, racun serangga yang mampu mengawal serangan RPW tanpa menjejaskan kumbang pendebunga sangat diperlukan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti protein yang dilimpah secara berbeza (Differentially Abundant Protein; DAP) dan gen yang diekspres secara berbeza (Differentially Expressed Gene; DEG) di antara larva dan kumbang dewasa RPW; untuk mengenalpasti laluan berpotensi untuk direncat daripada analisis integrasi data transkriptomik dan proteomik; untuk mengenalpasti perencat berpotensi yang bertindak secara khusus ke atas RPW menggunakan pengedokan secara in silico dan simulasi kedinamikan molekul (MD); dan untuk menilai ketoksikan perencat berpotensi ke atas RPW dan EK. Melalui analisis data proteomik, sebanyak 983 protein telah dikenalpasti dan 327 darinya adalah DAP. Analisis data transkriptomik pula mengenalpasti 16 954 gen dan 7377 darinya adalah DEG. Integrasi kedua-dua dataset mengenalpasti 18 657 protein dengan 7540 menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara peringkat perkembangan RPW yang berbeza. Protein yang signifikan tersebut dipetakan kepada 39 laluan yang diperkayakan dan laluan biosintesis hormon juvenil yang wujud secara spesifik didalam serangga telah dipilih. Farnesol dehidrogenase yang merupakan enzim pengehad di dalam laluan tersebut telah dikenalpasti. Analisis pengedokan molekul antara enzim tersebut dengan 13 856 molekul dari pangkalan data ZINC20 telah mengenalpasti 1000 molekul yang dicadangkan sebagai calon perencat berdasarkan skor pengedokan yang terbaik. Daripada 1000 perencat, 20 perencat didapati memenuhi ciri-ciri fizikokimia dan racun serangga yang selamat. Selepas disaring menggunakan analisis simulasi MD berdurasi pendek (5 ns), 8 perencat sahaja yang mempunyai interaksi dengan residu aktif. Daripada 8 perencat tersebut, ZINC1719908 telah dipilih sebagai perencat terbaik selepas dianalisis menggunakan simulasi MD berdurasi panjang (100 ns). Perencat ini mempunyai LC50 sebanyak 8.74 mg/ml terhadap RPW dan tidak menunjukkan ketoksikan terhadap kumbang EK. Kajian ini telah berjaya mengenalpasti DAP dan DEG untuk diintegrasi, mengenalpasti enzim farnesol dehidrogenase yang terlibat dalam laluan hormon juvenil sebagai sasaran bagi penghasilan perencat yang terpilih terhadap RPW, sekaligus mengenalpasti penyelesaian yang berpotensi, spesifik dan selamat dalam mengawal serangan RPW. Oleh itu, perencat yang dikenalpasti di dalam kajian ini berpotensi dibangunkan sebagai racun serangga yang efisien untuk menyelamatkan industri berasaskan pokok palma, khususnya kelapa sawit di Malaysia yang berisiko tinggi diserang RPW.</summary>
Kejuruteraan biologi mikrob penghasil polihidroksialkanoat untuk biopenukaran furfural dan substrat polietilena tereftalat
      <name>Matthlessa Matthew Minggu (P97632)</name>
    <summary type="text">Title: Kejuruteraan biologi mikrob penghasil polihidroksialkanoat untuk biopenukaran furfural dan substrat polietilena tereftalat
Authors: Matthlessa Matthew Minggu (P97632)
Abstract: Bakteria penghasil polihidroksialkanoat (PHA) merupakan casis biologi sintetik mikrob yang semakin mendapat perhatian bagi penghasilan bioproduk berasaskan kitaran plastik bioekonomi. Bakteria penghasil PHA seperti Cupriavidus necator dan Pseudomonas sp. yang telah banyak dikaji bagi pembangunan dan penghasilan bioproduk melalui teknologi fermentasi. Namun begitu, strain jenis liar mikrob ini agak terhad dari segi keupayaan menggunakan sumber nutrien dari sisa biojisim dan juga sumber baharu seperti, sisa plastik. Berbanding dengan mikrob model lain seperti Escherichia coli dan Saccharomyces cerevisiae, penggunaan bakteria penghasil PHA ini masih terhad kerana kekangan set alatan genetik untuk pembangunan strain terjurutera biologi secara efisien, boleh diprogram dan bermodul. Oleh itu, kajian ini memfokuskan untuk pembangunan set alatan genetik untuk meningkatkan keupayaan mengubahsuai strain penghasil PHA menggunakan kaedah biologi sintetik dan kejuruteraan biologi. Tiga bakteria penghasil PHA telah dipilih iaitu Cupriavidus necator, Pseudomonas putida dan Pseudomonas extremaustralis sebagai casis biologi sintetik dan biokatalitik sel penuh. Ke arah meningkatkan keupayaan mikrob untuk menggunakan sisa hidrolisat kelapa sawit, kajian ini memilih untuk mengekspreskan enzim furfural reduktase di dalam P. extremaustralis bagi penukaran dan penyahtoksikan sebatian furfural yang toksik kepada sel. Untuk pembangunan casis bagi kitar semula biologi plastik, P. putida dan C. necator telah direka bentuk untuk mengekspres polietilena tereftalat (PET) hidrolase yang menukarkan plastik PET kepada monomer boleh guna. Untuk tujuan ini, gen furfural reduktase FucO dari Escherichia coli dan PET hidrolase PETase dari Ideonella sakaiensis telah dipilih untuk pengklonan dan pengekspresan di dalam casis penghasil PHA tereka bentuk secara biologi. Sel kompeten P. extremaustralis, P. putida dan C. necator digunakan untuk transformasi plasmid konstruk yang mengekspreskan FucO dan PETase menggunakan vektor pengekspresan tereka bentuk. Untuk penghasilan enzim PETase secara ortogon, beberapa jenis plasmid pSVOP telah dibina iaitu pSVOP-INP-PETase-CBM, pSVOPINP-PETase dan pSVOP-ss-PETase telah ditransformasi ke dalam strain P. putida dan C. necator. Strain terjurutera pFucO P. extremaustralis menunjukkan aktiviti furfural reduktase yang tinggi sebanyak 15.6 U/mg, 18.8 kali lebih tinggi daripada strain kawalan pJM105 (0.83 U/mg). Apabila diuji dengan 10 mM furfural, strain pFucO ini menunjukkan pertumbuhan yang tinggi berbanding strain kawalan yang terbantut kesan daripada kepekatan fufural di dalam kaldu LB. Bagi casis C. necator, strain pSVOP-ssPETase menghasilkan aktiviti PETase tertinggi dengan nilai OD405 = 0.46 berbanding dengan konstruk strain pSVOP-INP-PETase (OD405 = 0.37), strain pSVOP-INPPETase-CBM (OD405 = 0.4), dan strain pSVOP (OD405 = 0.15). Di dalam casis P. putida, strain pSVOP-ss-PETase juga menghasilkan aktiviti PETase tertinggi dengan nilai (OD405 = 0.67) berbanding dengan konstruk strain pSVOP-INP-PETase (OD405 = 0.45), strain pSVOP-INP-PETase-CBM (OD405 = 0.51), dan strain pSVOP (OD405 = 0.26). Keputusan yang diperoleh membuktikan keberhasilan dalam membangunkan strain terujutera P. extremaustralis, P. putida dan C. necator casis biologi sintetik bagi meningkatkan pengekspresan dan biokatalisis menggunakan pelantar kejuruteraan mikrob.</summary>
Pencirian biokimia dan pembangunan perencat novel bagi farnesol dehidrogenase Metisa plana (Lepidoptera : Psychidae)
      <name>Anis Nadyra Ahmad Zifruddin (P100127)</name>
    <summary type="text">Title: Pencirian biokimia dan pembangunan perencat novel bagi farnesol dehidrogenase Metisa plana (Lepidoptera : Psychidae)
Authors: Anis Nadyra Ahmad Zifruddin (P100127)
bungkus yang serius di Malaysia.</summary>
Kemahiran dan motivasi penggunaan Telegram dan Whatsapp serta persepsi keberkesanan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan guru tadika
      <name>Munirah Madzlan (P113339)</name>
    <summary type="text">Title: Kemahiran dan motivasi penggunaan Telegram dan Whatsapp serta persepsi keberkesanan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan guru tadika
Authors: Munirah Madzlan (P113339)
Abstract: Penggunaan teknologi ICT dalam pendidikan dilihat mampu memberikan perubahan yang baru dan baik dalam merevolusikan kaedah dan teknik pengajaran guru. Guru seharusnya mempunyai inisiatif yang tinggi untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan keperluan semasa agar sentiasa kekal relevan dan produktif. Menyedari hakikat ini, penerapan penggunaan teknologi ICT telah menjadi keutamaan dalam PdPc pendidikan awal kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran dan motivasi guru terhadap penggunaan aplikasi Telegram dan WhatsApp dalam PdPc serta tahap keberkesanan penggunaannya dalam PdPc berdasarkan persepsi guru tadika di Negeri Melaka. Penentuan hubungan di antara setiap pemboleh ubah juga turut dikaji. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan melalui penggunaan satu set instrumen soal selidik berbentuk Google Form. Pemilihan sampel responden telah dilaksanakan secara rawak mudah terhadap 320 orang guru dan seramai 175 orang guru telah dipilih melalui kaedah loteri berdasarkan jadual penentuan bilangan sampel Krejcie dan Morgan 1970. Analisis deskriptif dan analisis inferensi telah digunakan dalam kajian ini bagi menjawab persoalan kajian melalui penggunaan pakej perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS) versi 27. Data yang diperoleh telah dianalisis dalam bentuk deskriptif melalui pengenalpastian min. Manakala bagi analisis inferensi pula, data telah diterjemahkan melalui ujian analisis Korelasi Pearsons. Hasil dapatan deskriptif telah menunjukkan bahawa guru-guru tadika di Negeri Melaka didapati mempunyai tahap kemahiran yang tinggi terhadap penggunaan Telegram dan WhatsApp dalam PdPc. Manakala, tahap motivasi guru-guru tadika di Negeri Melaka terhadap penggunaan Telegram dan WhatsApp dan tahap persepsi keberkesanan penggunaannya adalah sederhana. Analisis inferensi ujian Korelasi Pearsons pula telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan dan nilai kekuatan perhubungan yang kuat di antara pemboleh ubah tahap kemahiran guru dan tahap motivasi guru terhadap penggunaan Telegram dan WhatsApp dengan tahap persepsi keberkesanan penggunaannya dalam PdPc guru-guru tadika di Negeri Melaka. Implikasi kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan dalam memberikan maklumat kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk merancang dan merangka pelan tindakan kurikulum, menyedia dan menyusun program-program yang berimpak tinggi serta mempunyai nilai tambah yang bersesuaian dengan keperluan para guru agar keperluan dimensi pasaran tenaga kerja guru yang mahir berteknologi dapat dipenuhi.</summary>