DSpace Collection:
Meneroka isu penyedia perkhidmatan peneman bagi keupayaan mobiliti warga emas
      <name>Nur Hasna Che Had (P110240)</name>
    <summary type="text">Title: Meneroka isu penyedia perkhidmatan peneman bagi keupayaan mobiliti warga emas
Authors: Nur Hasna Che Had (P110240)
Abstract: Pengekalan mobiliti dan aktiviti luar rumah dalam kalangan warga emas menyumbang kepada kesejahteraan hidup. Majoriti warga emas kurang menjalankan aktiviti di luar rumah akibat daripada halangan personal, kesihatan dan persekitaran. Industri peneman berbayar merupakan satu bentuk perkhidmatan yang boleh menyokong keupayaan warga emas dalam melaksanakan mobiliti dan aktiviti luar rumah. Namun kurang kajian lepas berkaitan isu-isu yang dihadapi oleh penyedia perkhidmatan peneman. Justeru, tujuan utama kajian ini adalah untuk meneroka profil penyedia perkhidmatan peneman, cabaran dan sokongan yang diperlukan oleh penyedia perkhidmatan peneman dalam menyokong keupayaan mobiliti dalam kalangan warga emas. Memahami kesan perkhidmatan peneman kepada warga emas dalam menyokong keupayaan mobiliti luar rumah juga merupakan objektif kajian. Reka bentuk kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan pendekatan fenomenologi. Lokasi kajian ini dijalankan di sekitar Lembah Klang. Pengumpulan data pula dijalankan menggunakan kaedah temu bual mendalam separa berstruktur dan disokong oleh data sekunder. Sejumlah tujuh (7) informan telah terlibat dalam kajian ini yang dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan dan bola salju. Informan terdiri daripada pengasas dan operator syarikat perkhidmatan peneman. Analisis data kajian telah dijalankan secara analisis tematik. Hasil kajian ini mendapati profil peneman terdiri daripada belia yang berusia di antara 23 hingga 39 tahun serta mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman dalam bidang. Hasil kajian menunjukkan bahawa penyedia perkhidmatan peneman mengalami cabaran dari segi kewangan, teknologi, isu pekerja, stigma masyarakat, kekangan pendemik, dasar dan polisi tidak mapan, isu komunikasi, sifat warga emas yang kompleks dan risiko keselamatan. Sokongan yang diperlukan oleh penyedia perkhidmatan pula ialah suntikan modal, meningkatkan kemahiran pekerja, meluaskan jaringan perniagaan, pengukuhan dasar dan polisi kerajaan serta kesedaran masyarakat mengenai isu populasi menua. Kajian ini juga mendapati bahawa warga emas memperoleh pelbagai manfaat daripada perkhidmatan peneman dalam sokongan mobiliti dan aktiviti luar rumah. Kajian ini merumuskan bahawa profil, cabaran dan keperluan penyedia perkhidmatan saling berkait dan warga emas mendapat manfaat dalam memperkasakan mobiliti melalui sokongan perkhidmatan peneman ini. Implikasi kajian ini menyumbang kepada pengukuhan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) bagi mewujudkan populasi warga emas yang aktif dan persekitaran yang kondusif dengan memperkukuhkan industri sokongan seperti penyedia perkhidmatan peneman untuk persediaan negara tua 2030.</summary>
Keperluan, motivasi dan cabaran sukarelawan penjagaan kesihatan dalam misi bantuan kemanusiaan
      <name>Rosmah Ahmad (P96774)</name>
    <summary type="text">Title: Keperluan, motivasi dan cabaran sukarelawan penjagaan kesihatan dalam misi bantuan kemanusiaan
Authors: Rosmah Ahmad (P96774)
Abstract: Sukarelawan penjagaan kesihatan sering disifatkan sebagai tulang belakang dalam misi bantuan kemanusiaan terutamanya kepada agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Mereka terdedah kepada tekanan, kes trauma dan kecemasan berulang yang boleh mengganggu kesejahteraan fizikal dan emosi disebabkan kurangnya pengalaman, latihan, komitmen dan persediaan dalam misi bantuan kemanusian. Walaubagaimanapun, penglibatan sukarelawan penjagaan kesihatan secara berkesan dapat meningkatkan kualiti kesihatan masyakarat. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk meneroka keperluan, motivasi dan cabaran serta mencadangkan model pemerkasaan sukarelawan penjagaan kesihatan yang sesuai dalam misi bantuan kemanusian. Kajian ini dijalankan melalui penglibatan sukarelawan penjagaan kesihatan daripada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan rekabentuk kajian kes. Kaedah persampelan bertujuan digunakan dengan strategi pemilihan secara inklusif. Seramai sepuluh informan telah ditemubual berdasarkan kriteria yang ditetapkan; kelayakan dalam bidang penjagaan kesihatan, berpengalaman minimum dua tahun dalam misi bantuan kemanusian, berdaftar sebagai sukarelawanan di MAKNA atau YSS, berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia. Pengumpulan data berasaskan temubual dalam talian dan diari penyelidik. Hasil temu bual ditranskripsikan, manakala diari penyelidik dihasilkan melalui pemerhatian tingkah laku bukan lisan dan refleksi informan. Transkripsi temubual dan diari penyelidik dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Kesahan dan kebolehpercayaan data informan dinilai melalui triangulasi data, pengesahan informan dan pengesahan pakar. Hasil kajian menunjukkan tema keperluan melalui sub tema sokongan psikososial, latihan persediaan serta sumber dan bekalan bantuan. Manakala bagi tema motivasi sub tema yang terhasil adalah kerjaya bidang penjagaan kesihatan, pembentukan jati diri dan pengalaman sukarelawan. Tema cabaran sukarelawan penjagaan kesihatan pula terhasil melalui sub tema kesihatan dan keselamatan, batasan teknologi maklumat dan komunikasi serta komitmen penglibatan sukarelawan itu sendiri. Hasil kajian ini juga telah mencadangkan sebuah model pemerkasaan sukarelawan penjagaan kesihatan bagi memastikan sukarelawan penjagaan kesihatan mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang sejajar dengan keperluan, motivasi dan cabaran mereka. Hasil kajian didapati turut memberi implikasi terhadap pengisian ilmu dan praktis kerja sosial secara professional yang dapat membantu sukarelawan penjagaan kesihatan dalam misi bantuan kemanusiaan. Sumbangan kajian juga memberi nilai tambah kepada penggubal dasar dalam memastikan peranan dan tanggungjawab sukarelawan penjagaan kesihatan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.</summary>
Memahami cabaran penjawat awam dalam penyediaan sokongan sara hidup kepada ibu bapa lanjut usia
      <name>Irina Riyanti Muhammad Nur (P110241)</name>
    <summary type="text">Title: Memahami cabaran penjawat awam dalam penyediaan sokongan sara hidup kepada ibu bapa lanjut usia
Authors: Irina Riyanti Muhammad Nur (P110241)
Abstract: Sokongan sara hidup daripada anak dewasa merupakan faktor utama dalam kelangsungan kehidupan warga emas. Kajian lepas mendapati bahawa anak dewasa kurang menyediakan sokongan sara hidup kepada warga emas. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka bentuk dan cabaran dalam penyediaan sokongan sara hidup. Kajian ini juga mencadangkan pendekatan yang bersesuaian untuk penjawat awam mengatasi cabaran dalam penyediaan sokongan sara hidup kepada ibu bapa lanjut usia. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan pendekatan fenomenologi. Lokasi kajian adalah di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan bertujuan dengan melibatkan informan seramai sembilan orang penjawat awam gred 11 sehingga 52 yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Pengumpulan data melalui kaedah temu bual mendalam, pemerhatian dan nota lapangan. Analisis data menggunakan kaedah tematik dengan menggunakan aplikasi NVIVO 12. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti informan memberikan sokongan sara hidup kepada ibu bapa lanjut usia dalam bentuk sara hidup ketara (tangible) dan tidak ketara (intangible). Sokongan sara hidup ketara mempunyai dua sub tema iaitu kewangan dan material. Sokongan sara hidup tidak ketara mempunyai tiga sub tema iaitu masa, perhatian dan tenaga. Hasil kajian cabaran penjawat awam pula melibatkan tema ekonomi (kos pendidikan anak, kos sara hidup dan perancangan kewangan keluarga) dan tema sosial (masalah kesihatan, jangkaan harapan ibu bapa dan keluarga serta kekangan pasangan). Pendekatan intervensi yang dicadangkan oleh informan ialah penganjuran program kesedaran dan pendidikan kewangan melalui ceramah, seminar, modul atau kerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Manakala pendekatan spiritualiti pula ialah penerapan nilai akidah dan ibadah yang kukuh dalam diri, pendidikan agama yang sempurna dan menjalani kaunseling. Kajian ini merumuskan bahawa peningkatan pengetahuan mengenai kepentingan penjawat awam untuk merancang sara hidup dan mempunyai simpanan yang mencukupi untuk diperuntukkan bagi penyediaan sokongan sara hidup kepada ibu bapa lanjut usia. Dari aspek kerja sosial mendapati bahawa peranan pekerja sosial adalah sebagai penghubung kepada klien (penjawat awam dan swasta) dengan sumber maklumat yang komprehensif bagi meningkatkan kefungsian sosial komuniti. Implikasi kajian ini mencadangkan agar majikan, kerajaan dan swasta boleh menggubal peraturan pemotongan gaji bulanan untuk menyediakan sokongan dan sokongan sara hidup kepada ibu bapa lanjut usia.</summary>
Perubahan adat dan ritual dalam adat kematian masyarakat Bajau Sama di Sabah
      <name>Nordiana Mosum (P94098)</name>
    <summary type="text">Title: Perubahan adat dan ritual dalam adat kematian masyarakat Bajau Sama di Sabah
Authors: Nordiana Mosum (P94098)
Abstract: Kajian ini dilakukan bagi memperlihatkan perubahan adat dan ritual dalam adat kematian etnik Bajau Sama di Kota Belud, Sabah seiring kemajuan dunia pada hari ini tanpa disedari telah memberikan kesan terhadap praktis dan pelestariannya. Hakikatnya, adat kematian etnik Bajau Sama mempunyai signifikan, relevansi makna dan fungsi ritual dalam pelaksanaannya, namun jika fenomena ini berterusan sudah pasti akan menjejaskan identiti etnik Bajau Sama. Objektif kajian ini bertujuan untuk menganalisis perubahan yang berlaku dalam adat kematian etnik Bajau Sama. Bersandarkan keperluan kajian ini, Teori Perubahan Sosial gagasan Wilbert E. Moore dijadikan sebagai panduan dalam menyokong penilaian serta mencapai objektif kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan etnografi yang amat bersesuaian dengan menelusuri kronologi adat dan ritual kematian etnik Bajau Sama yang rencam. Pendekatan etnografi menggunakan kaedah kajian lapangan seperti teknik pemerhatian, ikut serta dan temu bual informan yang arif soal adat istiadat etnik Bajau Sama. Seiringan dengan itu, kajian ini juga disokong dengan data-data sekunder menerusi kajian kepustakaan. Hasil dapatan kajian mendapati perubahan jangka masa panjang yang berlaku tidak memberi kesan kepada identiti dan jati diri etnik Bajau Sama. Manifestasi citra budaya pengamalnya tidak terpengaruh secara total oleh revolusi sosial, akulturasi dan penyesuaian persekitaran yang menuntut etnik Bajau Sama ke arah syiar Islam yang mutakhir. Etnik Bajau Sama memperlihatkan masih berpegang teguh pada adat walaupun telah berlaku perubahan. Senario ini memacu kotak pemikiran mereka melakukan penyesuaian dan keperluan berlandaskan syiar Islam serta pembinaan tamadun bangsa yang seiring dengan arus kemodenan. Sumbangan kajian ini diharap dapat memacu penyebaran ilmu kepada generasi muda bagi memartabatkan adat istiadat etnik Bajau Sama agar selari dengan perubahan zaman. Di samping itu, kajian ini menjadi serampang dua mata sebagai wadah memperkenalkan warisan budaya dan kebitaraan nenek moyang yang seharusnya diangkat kerana keunggulan dan perubahannya berupaya membentuk etnik Bajau Sama dinamik dengan pemikiran kritis dan keterhadapan.</summary>